Thursday, June 18, 2009

DMAK terbakar ...satu peringatan




Abbasiah 18 Jun 2009 Sekitar jam 12 tgh hari ini, penghuni DMAK a.k.a. ARMA / Rumah Melayu Abbasiah Kaherah dikejutkan dengan kebakaran sebuah bilik di tingkat 5 Asrama Lelaki.Punca kebakaran sebenar belum dikenalpasti. Beberapa pihak berkata kemungkinan kebakaran berpunca dari litar pintas yang disebabkan oleh penggunaan alat elektrik. Walau apa pun, yang pasti kebakaran hari ini merupakan kejadian paling teruk dalam sejarah ARMA berbanding beberapa kebakaran kecil sebelum ini. Walaupun tiada kemalangan jiwa tetapi suasana agak panik pada awalnya apabila asap memenuhi beberapa laluan keluar menyebabkan penghuni2 yang berada di atas terperangkap sebelum keadaan kembali terkawal.
Peristiwa hari ini memberi beberapa iktibar penting...
i. Bahawa malang tak berbau...oleh itu jangan memandang enteng peraturan asrama.
ii.Elakkan penggunaan alat2 elektrik yang berisiko seperti pemanas air dan dapur lingkar yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan.
iii.Hindari penggunaan elektrik secara berlebihan.
Walaupun penghuni ARMA tidak dikenakan sebarang caj penggunaan elektrik dan air namun Islam mengajar kita sikap berjimat cermat dan berwaspada . Oleh itu, gunakanlah kemudahan yang disediakan dengan bijaksana.

Monday, June 15, 2009

Kubur Kita... Taman Syurga atau Liang Neraka

Peti Simpanan Jenazah

Perkuburan rakyat Malaysia

Di sinilah kita akan disemadikan...

Berusahalah untuk masuk dalam keadaan sejahtera dan aman


Sabda Nabi SAW: "Memadailah kematian sebagai peringatan"
Firman Allah Taala: Surah Ar-Rahman : 26 & 27
كل من عليها فان ويبقى وجه ربك ذو الجلال والإكرام

Perkara yang mendekatkan hati kepada kematian:
1.Menyaksikan orang yang sedang nazak
2.Menghadiri upacara mandi jenazah
3.Mengerjakan solat jenazah
4.Menghantar jenazah ke kubur
5.Meneliti ayat-ayat al-Quran yang memperihalkan tentang kematian
6.Menziarah kubur,
Sabda Nabi SAW : زوروا القبور فإنهاتذكر الآخرة bererti : (Ziarahilah kubur sesungguhnya ia mengingatkanmu tentang alam akhirat)

Sunday, June 14, 2009

Yang Bernyawa Pasti Merasai Kematian

Jenazah Muhamad Ammar sedang ditimbang di Bahagian Kargo Lapangan Terbang Kaherah sebelum diterbangkan ke Malaysia


Firman Allah Taala: كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ [آل عمران:185(Setiap yang bernyawa pasti merasai mati). Demikianlah Al-Quran telah menanam dalam diri setiap dari kita satu keyakinan bahawa kematian pasti mendatangi, lambat atau cepat, kira bersedia atau tidak. Ia pasti datang, tepat pada saat ketikanya: فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ [الأعراف:34]. Pada 10 Jun yang lepas masyarakat Malaysia di Mesir dikejutkan dengan berita kemalangan kereta yang melibatkan lima penuntut Kuliah Perubatan Universiti Kaherah tajaan JPA. Kelima-lima sahabat ini dikatakan dalam perjalanan pulang dari Ain Sukhna setelah meninjau kawasan untuk program cuti musim panas apabila kenderaan yang dinaiki gagal dikawal dan melanggar sebuah batu besar di tepi jalan. Kejadian berlaku sekitar jam 8.30 malam. Akibat rempuhan tersebut, kereta terbabit melambung dan terhempas beberapa kali menyebabkan penumpang di belakang tercampak keluar. Salah seorang penumpang belakang Muhamad Ammar Zulkifli meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di kepala, sementara dua orang yang lain Akram Abd Kadir dan Abd Rahman Ramzan berada dalam keadaan koma. Walau bagaimanapun pemandu kenderaan, Saif Jamaluddin, dan penumpang di bahagian hadapan Fitri hanya cedera ringan. Kesemua mangsa dibawa ke hospital Suez sebelum dipindahkan ke Hospital Faransawi Qasrul Aini Kaherah.
Jenazah Muhamad Ammar telah dikafankan di Hospital Italia dan disolatkan di DMAK sebelum diterbangkan ke Malaysia melalui penerbangan Egypt Air pada 13 Jun 2009 jam 4.50 dan tiba di KLIA jam 10.15 malam. Jenazah kemudian dibawa ke rumah keluarga Allahyarham untuk dikebumikan di Taman Bertam Indah Kepala Batas Pulau Pinang dengan menaiki van. Sama-sama kita mendoakan agar Muhamad Amar ditempatkan bersama para solehin, dan kedua-dua sahabatnya diberi kesembuhan yang segera. Amin

Wednesday, June 10, 2009

Mencintai Al-Quran

Sheikh Hasan sedang tekun mendengar bacaan seorang murid dari Malaysia


Suatu fenomena yang menarik perhatian bila berada di Mesir ialah minat dan kecintaan rakyat negara ini terhadap al-Quran. Ke mana-mana sahaja kita pergi, pasti akan melihat orang membaca al-Quran. Jika ada waktu lapang kebiasaanya, mereka akan mengisinya dengan membaca al-Quran. Bandingkan dengan diri ini pasti terasa betapa lemah dan kerdilnya kita. Oleh itu tidak hairanlah jika negara ini telah melahirkan ramai qari-qari yang hebat dan bertaraf dunia. Bagi sebahagian guru-guru di sini, Kitabullah benar-benar menjadi darah daging mereka. Mengamati kesungguhan mereka mengajar al-Quran seakan-akan tiada sesuatu yang lain dalam kehidupan mereka selain daripada menyebarkan ilmu al-Quran. Satu contoh yang dapat paparkan ialah Sheikh Hasan bin Hasan Rajab seorang guru veteran di Maahad Qiraat Shoubra. Setiap hari dalam diari Sheikh Hasan adalah al-quran dan al-quran. Selesai solat fajar seawal jam 5 pagi Sheikh akan menaiki bas ke tempat kerja . Waktu seharian akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Sheikh untuk mengajar ratusan anak muridnya. Setiap minit akan dimanfaatkan untuk menyampaikan ilmu tentang al-quran. Namun dalam kesibukan dengan jadual hariannya Sheikh Hasan tidak terlepas untuk membaca sebanyak enam juzuk al-Quran setiap hari ( tiga juzuk di sebelah pagi dan tiga juzuk di sebelah petang). Itulah lambang kecintaan seorang ahlil Quran terhadap kalamullah Taala. Nafa3ana bi3ulumihi wabarakatih. Amin.

Tuesday, June 2, 2009

Raafaqatkumussalamah .. Pn Habibah sekeluarga


29 Mei 2009 Jumaat 10.00 am - Terminal Satu Matar Qadim Kaherah menyaksikan keberangkatan pulang Pn. Hjh Habibah Mat Rejab, suami Ust Yahya Khatib dan anak perempuan Nur Iman ke tanahair setelah genap tiga tahun mencurahkan bakti kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir amnya dan di Alexandria khasnya. Beliau mula menjawat jawatan sebagai Atase Pendidikan Khas Jabatan Penuntut Malaysia cawangan Iskandariah pada Jun 2006 setelah lebih enam tahun berkhidmat di Bahagian Buku Teks KPM. Pn Hjh. merupakan lulusan Kolej Islam Sultan Alam Syah kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda dalam bidang Bahasa Arab di Jordan. Di samping menjalankan tugas rutin menjaga hal ehwal akademik dan kebajikan, beliau sering mengadakan kelas-kelas tambahan dalam subjek2 Bahasa Arab kepada pelajar2 di Iskandariah. Kepulangan beliau ke pangkuan Kementerian Pelajaran demi mengejar cita2 dalam kembara ilmu untuk bergelar Doktorah (Ph.D) Semoga Allah Taala memakbulkan cita2 ustazah. Sekalung penghargaan kepada Pn Hjh. dan suami di atas khidmat bakti yang dicurahkan serta bantuan dan kerjasama yang dihulurkan kepada para pelajar, rakan-rakan di JPMK, Kedutaan dan agensi2 di Mesir. Ma3assalama Wailalliqa.