Tuesday, September 29, 2009

MESYUARAT HB & KAT 30 SEP-2 OKT 2009

Program yang lepas di Ain Sokhna

Anak-anak lebih mesra sesama mereka walaupun berbeza bahasa


Bermula esok 30 September hingga 1 Oktober 2009, JPMK akan mengadakan mesyuarat dan sesi motivasi pegawai bersama dengan kakitangan ambilan tempatan (KAT)bertempat di Hurghada. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan di antara pegawai dan kakitangan tempatan di samping memberi input tentang budaya kerja dan etika yang betul dalam perkhidmatan. Ini memandangkan budaya kerja di antara kedua-dua negara jauh berbeza. Budaya menepati masa, amanah dalam tugasan, menghormati arahan dan peraturan adalah di antara tumpuan utama dalam mesyuarat kali ini. Penyertaan dijangka lebih baik daripada segenap lapisan kakitangan JPMK. Selamat Berprogram !
Nok royak gapo ni...ambo tok reti kecek ammi Mesir weh.

Monday, September 28, 2009

Panggilan Haji

إلهي عبدك العاصي أتاك مقرا بالذنوب


MAKLUMAN
Firman Allah Taala:
{ ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا } ( آل عمران : 97 )
KELAS PANDUAN BAKAL HAJI - Siri 1
Tarikh : 3 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat JPMK Mohandiseen
Yuran : Akan ditentukan kemudian
Penceramah : Ustaz Kopri Nurzen

Terbuka kepada bakal haji atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah ilmu.
Sila bawa bersama buku panduan haji -jika ada-
Sebarang pertanyaan : Hubungi +20163162827

Open House Raya Siri 1 selesai.. Siri II bila agaknya?



Penat tapi puas apabila Open House Raya selesai. Alhamdulillah kebanyakan jemputan dapat datang untuk menjamah juadah kami. Bermula pada jam 5.00 ptg dengan ketibaan Sheikh Ramadhan guru al-Quran anak-anak diikuti oleh Ustaz Harun, Warden DMAK. Selepas solat Maghrib tetamu daripada pegawai2 KBMK dan agensi2 memenuhi ruang tamu rumah yang agak kecil itu, diikuti dengan ketibaan rakan-rakan dan Pengarah JPMK. Majlis kemudiannya bertambah kemeriahan dengan ketibaan pegawai2 negeri Sabah, N9, KL dan Johor dan ditutup dengan kehadiran Prof Madya Hasan Basri, Pengarah DMS dan keluarga hampir jam 12 malam. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir menceriakan rumah kami. Jemput lagi.

ps. Tidak lupa terima kasih atas bantuan menyediakan juadah : Kimi,keluarga En.Johari dan Sheikh Ramadhan. Terima kasih juga kepada yang sudi meminjamkan peralatan.

Sunday, September 27, 2009

Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri 1430H... bagi yang dah selesai posa enam..acah je :)

Bila tengok gambar ni teringat ketupat bonda di kampung...:(

Jemputan kepada :
Pegawai Kedutaan & keluarga
Pegawai dan Staf JPMK & keluarga
Pegawai Agensi & keluarga
Pegawai negeri & keluarga
dan rakan-rakan yang telah berkeluarga.

Tarikh : 27 September 2009/8 Syawal 1430H (Ahad)
Masa: Bermula 5.00 petang
Venue : No 9 , Flat 16, Level 8,Abou El Feda Street, Zamalek, Cairo

Menu : Nasi dagang, Laksa dan Roti Jala

Kepada para pelajar insyaallah majlis akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

ps: Perhatian kepada yang bawa kamera:Jgn snap gambar senyap2 pastu buat teka teki kat blog. Tak manis ..Ya Sheikh..Ya Ustazz !

Kecelaruan ...Adakah Tanda Ketidaksepakatan ?

Kita bergambar ajalah, nak sembang dah tak sempat ni.. maklumlah masih ada tiga rumah belum singgah..

Sejak Hari Raya Puasa baru-baru ini, masyarakat Malaysia di Kaherah sibuk mengadakan majlis Rumah Terbuka. Setiap hari pasti ada saja majlis makan-makan. Rumah Terbuka (Open House) ni samada anjuran individu, rumah negeri atau persatuan pelajar, tujuannya sangat murni iaitu merapatkan hubungan antara para pegawai, ahli-keluarga dan para pelajar. Waktu 'open house' lah masanya untuk kita sembang lama2 sikit, bertanya khabar dan mengenali sesama kita dengan lebih dekat. Waktu ini juga kita mengendurkan hubungan yang agak tegang dan menjernihkan apa yang keruh. Lebih-lebih lagi ketika ini, hati dan fikiran pun bersih setelah digilap dalam madrasah Ramadhan selama sebulan yang lalu.
Akan tetapi objektif yang diharapkan dari 'open house' kali ini tak begitu menjadi mungkin disebabkan kelemahan kita dalam pengurusan program dan penyelarasan aktiviti. Cuba bayangkan kalau satu hari ada lima 'open house' untuk dihadiri dalam masa tiga atau empat jam. Jarak dari satu rumah ke rumah yang lain pula agak berjauhan. So 'open house' hanya menjadi program "singgah, makan, & beredar". Diri ini cenderung untuk ambil cakna memandangkan kecelaruan dalam gerak kerja antara kelompok dengan yang lain nampaknya menjadi trademark di sini, baik dalam kelompok masrinya atau malizinya. Pokoknya kita dilihat tidak sepakat. Dalam situasi ini, teringat ungkapan Dr Jamil, Pengarah JPMK yang kerap dinukilnya : "Seseorang Muslim hendaklah tersusun dalam seluruh gerak kerja kehidupannya...(Hasan al-Banna)". Namun, berat untuk disebut, berat lagi hati dan fikiran ini bila memikirkan jalan keluar. Bilakah saat kami akan bersepakat, bilakah masa kami akan bersatu...Ya Allah Tuhan yang Membolak Balikkan Hati, Tetapkanlah Hati2 Kami di Atas AgamaMu... Ya Allah Tuhan Yang Menyatukan hati-hati, satukanlah hati-hati kami di atas Agamamu.

Wednesday, September 23, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H / 2009M

Solat Hari Raya Aidil Fitri lambang kemenangan orang yang berpuasa

Sedang menerangkan kaifiat ringkas solat Hari Raya



Tahun ini sekali lagi saya dan keluarga berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidil Fitri di perantauan. Walau bagaimanapun kali ini ada sedikit perbezaan apabila venuenya berpindah dari dataran Hay Asyier ke Dataran DMAK. Dengan bilangan keluarga JPMK yang lengkap (7 pegawai) dan dibantu oleh pegawai kedutaan dan pegawai-pegawai negeri yang semakin bertambah, gerak kerja majlis sambutan Aidil Fitri kali ini agak tersusun. Ditambah pula pengalaman mengadakan majlis sambutan hari raya sebanyak dua kali pada tahun lepas, nampaknya beberapa masalah teknikal dapat dielakkan dari awal.
Rata-rata pelajar melahirkan kepuasan kerana raya kali ini begitu meriah dan persiapan berjalan lancar. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa aspek yang masih boleh dipertingkatkan pada masa akan datang.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
KULLU SANAH WAANTA TOYYIB (kata orang Mesir)
dalam bahasa fusha kebiasaannya disebut : KULLU 3AM WAANTA BIKHAIR

PS : Yang paling berharga dalam majlis Sambutan Hari Raya kali ini ialah bannernya. Thanks to Anas.

Thursday, September 3, 2009

رمضان كريم كل سنة وانت طيب

Bulan puasa kali padat dengan program khususi dan kekeluargaan terutamanya di sebelah petang dan malam. So tak ada ruang untuk mengupdatekan blog sendiri.