Thursday, August 26, 2010

Doa Daripada Al-quran

بسم الله والحمد الله والصلاة والسلام على رسول الله


ربنا واجعلنا مسلمين لك ومن ذريتنا امة مسلمة لك وارنا مناسكنا وتب علينا انك انت التواب الرحيم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار

ربنا افرغ علينا صبرا وثبت اقدامنا وانصرنا على القوم الكافرين
غفرانك ربنا واليك المصير
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذهديتنا وهب لنا من لدنك رحمة انك انت الوهاب
ربنا انك جامع الناس ليوم لا ريب فيه ان الله لا يخلف الميعاد
ربنا اننا امنا فاغفر لنا ذنوبنا وقنا عذاب النار
ربنا امنا بما انزلت واتبعنا الرسول فاكتبنا مع الشاهدين
ربنا اغفر لنا ذنوبنا واسرافنا في امرنا وثبت اقدامنا وانصرنا على القوم الكافرين
ربنا ما خلقت هذا باطلا سبحانك فقنا عذاب النار
ربنا انك من تدخل النارفقد اخزيته وما للظالمين من انصار
ربنا اغفر لنا ذنوبنا وكفر عنا سياتنا وتوفنا مع الابرار
ربنا واتنا ما وعدتنا على رسولك ولا تخزنا يوم القيامة انك لا تخلف الميعاد
ربنا امنا فاكتبنا مع الشاهدين
ربنا ظلمنا انفسنا وان لم تغفر لنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين
ربن الا تجعلنا مع القوم الظامين
ربنا افتح بيننا وبين قومنا بالحق وانت خير الفاتحين
ربنا افرغ علينا صبرا وتوفنا مسلمين
ربنا لا تجعلنا فتنة للقوم الظالمين
ربنا اجعلني مقيم الصلاة ومن ذريتي ربنا وتقبل دعاء
ربي اغفر لي ولوالدي وللمؤمنين والمؤمنات يوم يقوم الحساب
ربنا واتنا من لدنك رحمة وهيء لنا من امرنا رشدا
رب احكم بالحق وربنا الرحمن المستعان على ما تصفون
ربنا امنا فاغفرلنا وارحمنا وانت خير الرحمين
ربنا اصرف عنا عذاب جهنم ان عذابها كان غراما
ربنا هب لنا من ازواجنا وذرياتنا قرة اعين واجعلنا للمتقين اماما
ربنا اغفرلنا ولاخواننا اللذين سبقونا في الايمانولا تجعل في قلوبنا غلا للذين امنواربنا انك غفور رحيم
ربنا لا تجعلنا فتنة للذين كفرواواغفر لنا ربنا انك انت العزيزالحكيم
ربنا عليك توكلنا واليك انبنا واليك المصير
اللهم مالك الملك تؤتي الملك من تشاء وتنزع الملك ممن تشاء بيدك الخير انك على كل شيء قدير
ربنا انك تعلم ما نخفي وما نعلن وما يخفى على الله من شيء في الارض ولا في السماء
ربنا عليك توكلنا واليك انبنا واليك المصير
ربي ابني لي عندك بيت في الجنة
امين امين امين
وصل اللهم وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله واصحابه اجمعين
سبحانك اللهم وبحمد اشهد ان لا اله الا انت استغفرك واتوب اليك
منقول

Nuzul Quran 1431H

Hari ini hari ke-17 Ramadhan. Begitu cepat hari-harinya berlalu. Sedar atau tidak hari yang berbaki daripada Ramadhan tinggal tidak sampai dua minggu. Ini bermakna hanya beberapa hari lagi akan bermula pencarian Lailatul Qadr. Bertemu atau tidak untuk kali ini ? Adakah lagi peluang untuk bertemu Ramadhan yang akan datang ? Ya Allah.. Pertemukanlah hambaMu ini dengan Lailatul Qadr

Wednesday, August 18, 2010

Tafaqquh Di Madrasah Yamaniah & Kunjungan Ke Pejabat Mufti

Saya berkesempatan berprogram bersama Fadhilatus Syeikh Haidar seorang ulama dan ahli Lembaga Fatwa di Hudaidah Yaman sepanjang lawatan beliau ke Madrasah Yamaniah Kampung Baru tahun ini. FadhilatusSyeikh telah mengkhususkan dua sesi setiap hari untuk mensyarahkan Matan Gayah Wattaqrib. Apa yang menarik ialah pendekatan Syeikh yang mewajibkan pelajar-pelajar menghafaz matan yang diajar. Satu pendekatan yang mula ditinggalkan oleh generasi baru. Dengan kemampuan menghafaz matan pelajar-pelajar akan mempunyai sandaran yang kuat dalam berhujah tentang masalah fekah. Di samping itu pengajian menggunakan kitab berbahasa Arab akan meningkatkan kebolehan pelajar dalam bahasa tersebut.
FadhilatusSyeikh juga telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Sohibussamahah Dato Dr Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan. Pertemuan berlangsung selama 45 minit.

Friday, August 13, 2010

Imam Muda Wilayah


Rancangan Imam Muda merupakan idea Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan diterbitkan oleh Astro Oasis. Saya berkesempatan hadir pada malam kemuncak pertandingan di Dewan Muktamar Pusat Islam yang menyaksikan persaingan di antara Ustaz Asyraf dan Ustaz Hizbur. Tahniah kepada yang menang dan tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk masyarakat.

Thursday, August 12, 2010

Di sini Ku Abadikan (Kenangan 2007)

Barisan guru-guru dan peserta
KURSUS SIJIL TINGGI TARANNUM AL-QURAN JAKIM KALI PERTAMA 2007

Saat-saat manis : Dipilih sebagai peserta terbaik

Terima kasih guru-guruku, pihak Darul Quran dan JAKIM

Tuesday, August 10, 2010

Qari Mesir Dan Qariah Pakistan Dinobat Sebagai Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-52 Tahun 1431H/2010M


Acara Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa Kali Ke-52 tahun ini telah disempurnakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 3 Ogos 2010 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa pada kali ini menyaksikan Qari dari Mesir iaitu Mr. Hani Abdel Aziz Ahmed merangkul tempat pertama dengan markah sebanyak 91.46 peratus diikuti oleh Mr. Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah markah 90.75 peratus dari Malaysia di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Mr. Abdul Wadoud K. Esmail dari Filipina dengan markah 89.63 peratus.

Manakala johan Qariah pula dirangkul oleh Mrs. Samia Khanan dari Pakistan dengan mengumpul markah sebanyak 91.08 peratus diikuti oleh Mrs. Dayang Nurfaezah binti Hj. Emran dari Brunei Darussalam dengan markah 90.17 peratus serta tempat ketiga di menangi oleh Mrs. Monaifah A. Bogabong Alawi dari Filipina dengan markah 88.75 peratus.

Bagi johan qari dan qariah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$ 10, 000, piala iringan dan sijil penyertaan. Seterusnya hadiah bagi tempat kedua ialah membawa wang tunai sebanyak AS$ 7,000, cenderamata dan sijil penyertaan, manakala pemenang tempat ketiga menerima wang tunai AS$ 4,000, cenderamata dan sijil penyertaan. Semua peserta lain menerima hadiah saguhati berjumlah AS$ 1,500, cenderamata dan sijil penyertaan.

Petikan daripada Laman Web JAKIM

Tugasan Imam Tarawih

Jadual berkhidmat di surau-surau sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor untuk Ramadhan tahun ini:

30 Syab SELASA 10 Ogos (SELASA)Surau Mustaqim AU4
1 RABU 11 Ogos (RABU) Surau Mustaqim AU4
2 KHAMIS 12 Ogos (KHAMIS)Surau Mustaqim AU4
3 JUMAAT 13 Ogos (JUMAAT)Surau Tmn Maluri
4 SABTU 14 Ogos (SABTU) Surau Tmn Maluri
5 AHAD 15 Ogos (AHAD) Surau Tmn Maluri
6 ISNIN 16 Ogos (ISNIN) Surau Istiqlal P14
7 SELASA 17 Ogos (SELASA)Surau Istiqlal P14
8 RABU 18 Ogos (RABU) Surau Istiqlal P14
9 KHAMIS 19 Ogos (KHAMIS)Surau Istiqlal P14
10 JUMAAT 20 Ogos (JUMAAT)Surau Tmn Maluri
11 SABTU 21 Ogos (SABTU) Surau Tmn Maluri
12 AHAD 22 Ogos (AHAD) Surau Tmn Maluri
13 ISNIN 23 Ogos (ISNIN) Surau Mustaqim AU4
14 SELASA 24 Ogos (SELASA)Surau Mustaqim AU4
15 RABU 25 Ogos (RABU) Surau Istiqlal P14
16 KHAMIS 26 Ogos (KHAMIS)Surau Istiqlal P14
17 JUMAAT 27 Ogos (JUMAAT)Surau Tmn Maluri
18 SABTU 28 Ogos (SABTU) Surau Tmn Maluri
19 AHAD 29 Ogos (AHAD) Surau Tmn Maluri
20 ISNIN 30 Ogos (ISNIN) Surau Istiqlal P14
21 SELASA 31 Ogos (SELASA)Surau Istiqlal P14
22 RABU 1 Sept (RABU) Surau Istiqlal P14
23 KHAMIS 2 Sept (KHAMIS)Surau Istiqlal P14
24 JUMAAT 3 Sept (JUMAAT)Surau Tmn Maluri
25 SABTU 4 Sept (SABTU) Surau Tmn Maluri
26 AHAD 5 Sept (AHAD) Surau Tmn Maluri
27 ISNIN 6 Sept (ISNIN) Balik Kampung
28 SELASA 7 Sept (SELASA)Balik Kampung
29 SELASA 8 Sept (RABU) Balik Kampung

Ramadhan Kareem ... WaAllahu Akram


Hari ini umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ramadhan 1431H. Turut sama berpuasa, sepuluh negara Arab termasuk Arab Saudi dan Turki. Khabarnya di Indonesia, anak bulan kelihatan di dua daerah di Gresik dan Porbolingo. Di Malaysia sudah lama anak bulan tidak kelihatan disebabkan faktor cuaca. Oleh yang demikian pihak berkuasa agama telah memilih kaedah hisab sebagai alternatif menentukan kiraan tarikh dalam kalendar Islam. Penentuan tarikh mula Ramadhan, Hari Raya Puasa dan hari wukuf di Arafah seringkali meresahkan masyarakat Islam. Lebih-lebih lagi sekiranya pandangan masyarakat sesuatu negara berbelah bagi berhubung keesahan penetapan tarikh hari-hari kebesaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama. Mudah-mudahan persamaan tarikh mula puasa di Malaysia dengan beberapa negara Islam yang lain dapat menolak keraguan yang mungkin timbul tentang penetapan tarikh permulaan puasa pada tahun ini. Wallahu a3lam.

Monday, August 9, 2010

Aktiviti Kemasyarakatan

Sabtu baru-baru ini bersamaan 7 Ogos 2010, sempat saya menyampaikan ceramah tentang tugas-tugas bilal menurut pandangan syarak. Ceramah diadakan di Surau Rawang Perdana. Seramai 40 orang Imam dan Bilal hadir pada ceramah tersebut. Alhamdulillah walaupun masa agak terhad, namun sempat juga saya mengupas sebahagian besar tanggungjawab seorang bilal.

Nota ceramah saya petik daripada buku karangan Syeikh Abdul Azim bertajuk : Al-Azan As-Syarie Al-Sohih



TAKRIF AZAN
Bahasa : Pemberitahuan , Firman Allah Taala (Surah At-Taubah:3), (Yusuf:70), Al-Haj: 27
Azan: Taazin: Azin
Syara’: Lafaz yang disyariatkan pada waktu solat untuk memberitahu kedatangan waktunya

HIKMAT AZAN:
Melahirkan syiar islam
Menzahirkan kalimah tauhid
Memberitahu masuk waktu
Memberitahu tempat didirikan solat
Menyeru kepada solat berjemaah

PERMULAAN SYARIAT AZAN
Di Mekah – Tiada azan sebelum hijrah
Hanya seruan : Assolata jamiah
Di Madinah- Selepas peristiwa palingan kiblat mula disyariatkan azan (Tafsir Qurtubi)
Kesimpulannya: Azan disyariatkan di madinah pada tahun 1 H (Rajih)
Lafaz yang lama : utk solat sunat (hari Raya, Minta hujan, Gerhana dll)

DALIL PENSYARIATAN AZAN:
Fussilat :33, Jumuah: 9

PERISTIWA PENYSARIATAN AZAN

Abdul Rahman bin Abi Laila : Sahabat2 Rasulullah SAW menceritakan… Hadis sahih)

BILANGAN KALIMAT AZAN

LAFAZ IQAMAT
Imam Syafie: Lafaz mufrad kecuali Takbir di awal dan akhirnya dua kali.
Inilah amalan di kebanyak dunia islam

BEZA ANTARA AZAN DAN IQAMAT

SYARAT MUAZZIN DAN ADAB-ADAB MUAZZIN
Syarat sah juru azan:
Beragama Islam
Mumayyiz
Lelaki
Berakal
Mengetahui waktu solat samada dengan pengetahuan sendiri atau dimaklumkan oleh orang lain. Kini terdapat calendar atau radio dsb.

Ciri-ciri yang digalakkan:
Berwuduk kerana hadis : Tidak boleh melaungkan azan melainkan berwuduk(Tirmizi)
Bersuara merdu untuk melembutkan hati dan menarik pendengar untuk dating. Dalilnya : Sabda nabi SAW kepada Abdullah bin Zaid : Suruhlah Bilal melaungkan azan , kerana suaranya lebih merdu daripada suaramu.
Berdiri ketika azan begitu juga iqamat dan khutbah.
Menghadap kiblat kerana ia sebaik-baik arah.
Meletakkan hujung jari telunjuk di dalam telinga supaya suara lebih mantap dan nyaring. Memberitahu orang yang pekak dan orang yang berada jauh.
Berpaling muka ke kanan danke kiri semasa melaungkan : Hayya Alal salah
Tidak buta , jika orang buta azan dikira sah kerana Ibn Ummi maktun seorang yang buta.
Memperlahankan tempo dalam azan dan mempercepatkan dalam iqamat.
Meninggikan suara selagi tidak memudaratkan diri, menyebabkan putus suara atau merosakkan makna.
Keterlaluan dalam mengalunkan azan sehingga merosakkan susunan.
Berdiri di tempat yang tinggi (digantikan dengan kemudahan mikrofon)
Seorang yang adil
Qari lebih diutamakan untuk melaungkan azan.
Seorang yang terkenal dengan ketakwaan dan peribadi yang baik dan salih.
Orang yang berkahwin diutamakan berbanding bujang. Orang dewasa berbanding kanak-kanak walaupun harus.
Selang waktu di antara azan dan iqamat memadai untuk menunggu kehadiran jemaah slagi tidak terkeluar daripada waktu sunat. Sabda Nabi SAW: Wahai Bilal… jadikanlah selang waktu di antara azan dan iqamat memadai untuk seseorang yang sedang makan menghabiskan makanannnya, orang yang minum menghabiskan minumannya dan orang buang air selesai hajatnya.
Tidak digalakkan memanjangkan solat di antara azan dan iqamat
Digalakkan menunggu imam selagi tidak menyusahkan jemaah.
Disunatkan bersugi sebagai tanda memuliakan lafaz azan.
Tidak berkecil hati terhadap orang yang mengambil alih gilirannya jika dia tidak dapat hadir.

TATACARA AZAN
Lafaz ; Allahu Akbar
Memanjangkan lafaz Jalalah lebih daripada sepatutnya. Dalam hukum tilawah sekadar 1 alif. Iaitu merapatkan dua jari (mad asli/ tabie)
Mengubah baris ha Jalalah kepada baris atas
Memanjangkan ba (akbar)
· Cara menyambung dua lafaz Allah Akbar:
Pertama:
Diwasalkan tanpa saktah
Ra berbaris hadapan

Kedua:
Saktah pendek di antara dua lafaz beserta nafas sedikit
Ra dibaca sukun

Lafaz : tasyahhud :
Idgham Nun dalam Lam (Idgham Bighairi Ghunnah)
Menyebut hamzah qatie (4 tempat)dengan jelas:
أشهد ـ أن ـ إله ـ إلا
Lafaz :
أشهد أن محمدا رسول الله
Sebutan hamzah
Dengung pada Nun dan Mim Bersabdu
Tidak mengizharkan Nun bersama Ra

Lafaz
حي على الصلاة
Sabdu pada Ya disebut tanpa takalluf
Tidak melebihkan tempohnya dari kadar biasa
Harus mad arid (2, 4, 6)
Harus mad lapan harakat
Tidak berlebihan pada huruf ha (solahah)

Lafaz:
حي على الفلاح
Seperti sebelumnya
Izharkan ha
Waqaf dengan betul

Lafaz ; TASWIB:
الصلاة خير من النوم
Annaum; mad lin 2, 4 dan 6
Kadar 6 lebih afdal untuk menasihatkan orang yang tidur

KELEBIHAN AZAN

KELEBIHAN MENJAWAB AZAN

DOA SELEPAS AZAN
Sabda nabi SAW : Doa selepas azan dan iqamat tidak akan tertolak. Dalam riwayat yang lain: Mereka bertanya: Apakah yang akan kami doakan? Nabi SAW menjawab : Mohonlah keampunan dan afiat didunia dan akhirat.

DOA DI ANTARA AZAN DAN IQAMAT

JURUAZAN NABI SAW
Nabi mempunyai empat orang juru azan; dua orang di Madinah iaitu Bilal bin Rabah (juruazan pertama)dan Amru bin Ummi Maktum Al-Qurasyi seorang yang buta. Dan di Quba, Saad Al-Qaraz dan di Mekah Abu mahzurah namanya Aus bin Mughirah

Tambahan:

PERANAN SUARA DAN TARANNUM DALAM AZAN

Masuk JAWI


Satu ungkapan yang menakutkan kanak-kanak lelaki di kampung saya satu ketika dulu ialah ungkapan 'jawi' ertinya berkhatan atau bersunat. Bagi masyarakat Melayu di sesetengah negeri di sebut 'masuk jawi'. Perkataan 'jawi' juga kerap dituturkan oleh komuniti Melayu Kelantan & Patani yang menetap di Mekah dan persekitarannya untuk merujuk kepada tanahair mereka iaitu Malaysia dan Thailand. Perkataan 'balik Jawi' dalam konteks ini bererti balik ke kampung asal. Apabila saya mula bertugas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI), kawan-kawan ada yang mengusik dengan sapaan 'ustaz masuk Jawi ?'

Pada hari ini-9 ogos 2010- genaplah dua bulan 23 hari saya bertugas di Bahagian Pelajaran JAWI.