Thursday, October 15, 2009


MAJLIS KONVOKESYEN GRADUAN MALAYSIA UNIV AL-AZHAR MESIR TAHUN 2009

Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) akan mengadakan Majlis Konvokesyen Tahun 2009 seperti berikut:

Tarikh : 25 Oktober 2009 (Ahad)

Tempat : Al Azhar Conference Center (ACC)

Sehubungan itu pihak JPMK menjemput semua graduan Malaysia untuk menyertai majlis tersebut dengan menyempurnakan perkara berikut :

i. Mendaftarkan diri berserta nama dua orang pengiring pada 23 Oktober 2009 (Jumaat), pukul 2.00 hingga 5.00 petang di Al Azhar Conference Center (ACC) dengan menjelaskan yuran pendaftaran sebanyak LE250.00 ( LE100.00 yuran pendaftaran dan LE150.00 deposit pakaian akademik konvokesyen);

ii. Mengambil jubah selepas pendaftaran pada hari yang sama 23 Oktober 2009 di ACC setelah menjelaskan yuran pendaftaran; dan

iii. Menghadiri majlis raptai penuh pada 23 Oktober 2009 (Jumaat) mulai 2.00 petang.

Sekian, harap maklum

Sunday, October 4, 2009

Renungan Bersama

Pemandangan di sebuah tasik di padang pasir Siwa

الحكمة ضالة المؤمن أنى وجدها فهو أولى بها
Hikmat adalah sesuatu yang hilang dari diri mukmin,bila-bila saja menemuinya maka dialah yang paling layak dengannya.

Kata-kata ini dihantar oleh akh Malik ke YM saya:
Renungi apa yang tersurat. Fahamilah apa yang tersirat.... Jika insan diasuh dengan keangkuhan, dia belajar erti takbur. Jika insan diasuh dengan kelemahan, dia belajar erti hina dirinya sendiri. Jika insan diasuh dengan erti permusuhan, dia belajar erti membenci. Jika insan diasuh dengan sikap pentingkan diri sendiri, dia belajar erti mengkhianati...... namun.... Jika insan diasuh dengan insani, dia belajar erti hargai. Jika insan diasuh dengan belas budi, dia belajar erti mengasihani. Jika insan diasuh dengan kepayahan, dia belajar erti mensyukuri. Jika insan diasuh dengan bertimbang rasa, dia belajar erti bersabar....

Panggilan Baitullah El-Haram Siri II



MAKLUMAN KELAS PANDUAN BAKAL HAJI - Siri II
Tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat JPMK Mohandiseen
Kandungan: Rukun dan Wajib Haji & Umrah secara praktikal
Penceramah : Ustaz Kopri Nurzen
Terbuka kepada bakal haji atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah ilmu.
Sila bawa bersama buku panduan haji -jika ada-
Sebarang pertanyaan : Hubungi +20163162827