Wednesday, September 29, 2010

Khatam Al-quran SRA Dan KAFA JAWI



Pada pagi ini guru2 dan murid2 SRA & KAFA di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berkampung lagi. Kali ini bertempat di Masjid Negara dan pesertanya mencecah 4000 orang.

Saturday, September 25, 2010

Bersama Raihan



Tengah hari tadi kami sekeluarga ke Bukit Sentosa untuk majlis perkahwinan Anas & Shamsinar. Anas merupakan anak lelaki sulung kepada Dr Hasan Basri (Pengarah DMS Cairo) & Kak Jamilah. Pilihan untuk mengikut jalan Templer Park rupanya kurang tepat. Kami tiba di lokasi setelah dua jam lebih menempuh trafik yang sesak. Hasrat untuk menyaksikan persembahan kumpulan Raihan tidak kesampaian. Walaupun tidak berpeluang mendengar nyanyian mereka,namun sempat saya bertanya khabar dengan Che Am dan dua ahli Raihan yang lain. Che Am merupakan rakan setingkatan sewaktu di KIK dulu.

Wednesday, September 22, 2010

Nasyid Dalam Dakwah

SEJARAH PERKEMBANGAN NASYID DI NUSANTARA DAN SUMBANGANNYA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH
Oleh Nordianah Alwi (Bah Dakwah JAWI)

1. PENDAHULUAN

Nasyid merupakan cabang seni yang bersendikan Islam, kerana ia mengandungi lirik yang merangkumi pesanan, ingatan,kisah para nabi , seruan dakwah Islamiah dan meniupkan semangat dalam proses pembangunan bangsa dan negara.

Perkembangan nasyid yang terus mendapat tempat dihati masyarakat Islam Nusantara telah diasaskan oleh lembaran sejarah yang terpahat usaha padu pelbagai pihak dalam memartabatkan nasyid sebagai wadah seni yang mampu membawa misi dakwah Islamiah ke tengah masyarakat dalam memenuhi tuntutan fitrah berhibur dalam diri manusia.

Jika diteliti perkembangan semasa, dunia hari ini diwarnai dengan hingar-bingar alunan lagu dan irama muzik serba glamour, ini menyebabkan industri nasyid melalui satu persaingan yang sengit untuk terus bertahan sebagai wadah penyebaran dakwah.

Kenyataan ini menuntut agar seniman nasyid terus bijaksana dalam meniti perjuangan nasyid tanpa mengabaikan garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak dengan mengambilkira sejarah perkembangan nasyid di Nusantara dan sumbangannya sebagai medium penyebaran dakwah.

2. DEFINISI NASYID

Nasyid merupakan nyayian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah dan yang seumpamanya.[2]

Menurut Kamus Dewan ( hal: 923) Nasyid ialah lagu yang biasanya dinyayikan secara kumpulan yang mengandungi seni kata yang berunsurkan Islam.

Hj Jalidar Abdul Rahim menjelaskan masyarakat Arab pada zaman dahulu melagukan syair yang bertemakan Munajat dan Selawat dan kerap memilih lagu Arab Misri. Sumber maqam lagu Arab yang digunakan untuk membaca ayat suci Al-Quran dan nyayian lain berunsurkan Islam yang terdengar melalui nasyid dan qasidah sekarang kebanyakkanya datang daripada aliran Arab Iraqi,Hijazi dan Misri disamping tujuh lagi maqam iaitu Banjakka, Hijaz, Musyawaraq, Ras, Jaharka, Sika dan Dukah.[3]

Istilah nasyid menurut masyarakat Indonesia , adalah ganti dari kata qasidah sebagaimana yang dimaklumi di daerah Sumatera dan Kalimantan. Bahkan di daerah-daerah lain ada yang menyebutnya sebagai Tagoni, Samrahan dan sebagainya. Namun jika ditinjau dari bahasa Arab nasyid berasal dari kata nasyada yang bermaksud membangkitkan, memberikan semangat, meneriakkan dan lain-lain.[4]

Sesungguhnya istilah Nasyid telah muncul dalam kebudayaan Arab Islam sejak abad 3H/9M dan terus berkembang dari masa ke semasa.[5]

3. SEJARAH PERKEMBANGAN NASYID DI NUSANTARA

Kedatangan Agama Islam ke Nusantara membawa bersama Seni dan Kebudayaan Arab yang menarik hati masyarakat Islam khususnya pada keindahan lagu-lagu Arab yang didengar dan diterima melalui bacaan Al-Quran dan alunan lagu Qasidah Tawasyih, Ibtihal [6] dan nasyid serta selawat dari nuzum syair marhaban dalam memuji dan mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Lagu Arab tersebut dibawa secara langsung oleh pendakwah Arab yang datang ke Nusantara untuk mengembangkan Islam . Masyarakat Islam di Tanah Melayu telah menjadikan nasyid Tawasyih[7], Qasidah Majrur[8] dan bacaan Rawi berzanji dan Marhaban sebagai satu kesenian dalam setiap Majlis Perkahwinan, Majlis Khatam al-Quran, Majlis Berkhatan , Majlis Menyambut Kelahiran Bayi dan Majlis Menyambut Maulidur Rasul S.A.W.[9]

3.1 SEJARAH PERKEMBANGAN NASYID DI INDONESIA.
Di Indonesia Qasidah Rebana telah mula berkembang di sekitar Pulau Jawa khususnya di Jakarta dan sekitarnya selepas tumbangnnya Parti Komunis Indonesia sekitar tahun 1966/1967, dikatakan hampir seluruh lingkungan wilayah dan kampung mempunyai kumpulan Qasidah Rebana. Pada kebiasaanya Qasidah Rebana hanya diiringi dengan alat rebana dan tamborin.

Pada awal tahun 1970-an Qasidah Gambus mula berkembang seiring dengan Qasidah Rebana. Qasidah Gambus diiringi dengan alat muzik yang biasanya terdiri dari Gambus, Biola, Seruling, Gendang, Tabla dan sebagainya dan biasanya mereka membawakan lagu-lagu dakwah atau lagu yang bertemakan keagamaan, dengan melodi dan irama ala Timur Tengah. Pada masa yang sama juga wujud Orkes Gambus yang biasanya membawakan lagu-lagu asli Timur Tengah. [10]

Diantara Orkes Gambus yang amat terkenal pada awal tahun 70- an ialah Orkes Gambus El-Surayya di bawah pimpinan Almarhum Prof Ahmad Baqi yang terus mengembangkan sayap seni nasyid di sekitar Indonesia. Allahyarham Prof Ahmad Baqi yang dilahirkan pada tahun 1920 adalah tokoh terkenal yang membangunkan seni nasyid bukan sahaja di Indonesia tetapi di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. [11]

Orkes Gambus El-Suraya yang amat terkenal dengan lagu Selimut Putih yang telah dinyayikan oleh Ibu Atikah Rahman [12] terus mendapat tempat hingga ke hari ini kerana liriknya yang amat menyentuh hati dan mampu menitiskan airmata bagi yang mengamatinya.

Sekitar tahun 70-an juga wujudnya kumpulan Qasidah Pop, namun ia hanya diminati oleh golongan elit. Sementara pada pertengahan tahun 80-an perkembangan Qasidah Indonesia turut menyaksikan Qasidah Dangdut yang telah diperkenalkan oleh kumpulan Nasidaria dari Samarang dan pada tahun 1990 Qasidah Rebana Plus turut menyajikan lagu-lagu nasyid dengan diiringi alat muzik seperti gitar, piano dan sebagainya disamping wujud juga Qasidah Salawatan iaitu lagu yang berintikan selawat yang diiringi dengan instrumen muzik yang lembut seperti nasyid yang dipopularkan oleh Hadad Alawi dan Sulis.

Muzik dan Irama nasyid terus berkembang di Indonesia dengan wujudnya Festivel Nasyid Indonesia (FNI), Festivel Nasyid Nusantara (FNN) dan gerakkan kebangkitan nasyid Indonesia yang digiatkan oleh Fatahillah Manajemen Indonesia(FMI)[13].

3.2 SEJARAH PERKEMBANGAN NASYID DI MALAYSIA.

Malaysia turut menerima perkembangan nasyid secara serius pada sekitar tahun 70-80 an. Sehingga berjaya melahirkan kumpulan nasyid yang merakamkan album seperti kumpulan nasyid Al-Jawaher yang terkenal dengan nasyid seperti Assalamuaikum, Kembara di Tanah Gersang, Mohon Pada-Nya dan sujud pada-Nya. Selain itu terdapat juga artis-artis yang merakamkan lagu nasyid secara solo seperti Ahmadi Hassan.

Negeri Sabah turut melalui perkembangan yang sama, di mana penghijrahan pendakwah dari Medan Indonesia yang berkhidmat dengan Majlis Agama Islam Sabah iaitu Tuan Haji Umar Sidik telah menubuhkan kumpulan nasyid Gelora Dakwah pada tahun 1975 dan murid Allahyarham Prof Ahmad Baqi iaitu Tuan Haji Jalidar bin Abd Rahim telah menubuhkan kumpulan nasyid Noor El-Kawakib pada tahun 1978 yang telah berjaya merakamkan kaset dan piring hitam. Diantara lagu yang dimuatkan dalam album pertama kumpulan ini ialah Kekalkan Islam di bumi bertuah, Nabi Akhir zaman, Bersatu Baru Islam Sempurna dan sebagainya. [14]

Perkembangan nasyid turut diwarnai dengan penganjuran pelbagai pertandingan nasyid sekitar tahun 1980-an, di mana RTM turut mengendalikan pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan. Sementara pada tahun 1991 Festivel Nasyid Kebangsaan telah diurusetiakan oleh Bahagian Hal-Ehwal Islam (BHEAIS) Jabatan Perdana Menteri yang kini di kenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). JAKIM telah mengurusetiakan Festivel ini (1991-2006) sebanyak 17 kali disamping menguruskan Festivel nasyid peringkat MABIMS (ASEAN) yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1996. Kategori nasyid yang dipertandingkan pada masa ini secara umumnya di bahagikan kepada kategori tradisi dan moden.

Pada tahun 1997, kemunculan kumpulan nasyid kontemporari pertama di Malaysia iaitu kumpulan Raihan merupakan perintis kepada era kegemilangan nasyid kontemporari di Malaysia. Seiring itu, muncul pula kumpulan nasyid Rabbani, Hijjaz dan Saujana dengan bentuk hiburan yang bermesejkan ketuhanan serta menerapkan nilai-nilai Islam yang murni bertujuan mendidik masyarakat.

Hingga kini irama nasyid terus berkembang subur di Malaysia dengan kelahiran ramai anak-anak muda yang terus memperjuangkan irama nasyid sebagai medium dakwah yang turut diterima oleh masyarakat Brunei dan Singapura.

3.3 SEJARAH PERKEMBANGAN NASYID DI BRUNEI DARUSSALAM.

Sejarah perkembangan nasyid di negara Brunei Darussalam mula wujud pada tahun 80-an , menurut Hjh Normin Haji Mahali, Bahagian Perhubungan dan Kemajuan Islam, Kementerian Hal-Ehwal Agama Negara Brunei. Perkembangan nasyid di negara Brunei banyak tertumpu di sekolah- sekolah dan maktab sekitar negara Brunei.

Setakat ini Kementerian Hal-Ehwal Agama Negara Brunei tidak pernah mengendalikan Festivel Nasyid peringkat negara. Pertandingan nasyid lebih banyak diadakan diperingkat sekolah dan institusi pendidikan disamping peranan Radio Televisyen Brunei (RTB) untuk menyajikan lagu nasyid kepada masyarakat Brunei Darussalam .[15]

4. SUMBANGAN NASYID SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

Kecenderungan masyarakat pada hari ini yang gemarkan kepada hiburan perlu dipandu dengan pengisian yang betul dan tepat dalam mengharungi arus hedonism yang terus berleluasa.

Meneliti perkara ini, nasyid dilihat amat signifikan berperanan sebagai hiburan alternatif yang juga boleh mengajak manusia kepada kebaikan. Prof Dr Ismail al-Faruqi mengatakan, tidak ramai umat Islam yang menyedari akan betapa pentingnya seni suara dan muzik sebagai suatu bentuk seni yang mengungkapkan pandangan alam (world view) Islam dan tentang kemesraan yang terdapat diantara seni tampak dan seni dengar (visual and aural arts) di dalam kebudayaan Islam. Begitu juga tidak ramai yang sedar tentang pentingnya seni dengar digunakan untuk tujuan-tujuan sosial dan dakwah.

Sehubungan dengan itu nasyid yang merupakan salah satu cabang ilmu handasat al-Aswat (seni suara) dan seni dengar yang telah berkembang dengan pesatnya di Nusantara telah menjadi medium dakwah khususnya dalam penghasilan lirik lagu yang mengandungi nilai dalam mendidik masyarakat agar memperteguhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah, ketaatan kepada Rasulullah S.A.W, menginsafi kebesaran Allah, mengajak manusia menjadikan Sunnah sebagai panduan dan meletakkan kebenaran sebagai pedoman serta kebaikan dan keindahan wasilah dalam mencapai matlamat keredhaan Allah S.W.T.

Nasyid juga telah menjadi medium melestarikan dakwah secara berhikmah, ini selaras dengan maksud Firman Allah dalam Surah an-Nahl ayat 135:

“ Serulah kepada jalan Tuhan-Mu dengan penuh hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah dengan cara yang baik.”

Hikmah boleh ditafsirkan dengan kata-kata yang lembut, tidak dilakukan secara paksaan dan tidak terkecuali daripada menggunakan kata-kata berseni dan lagu yang meruntun jiwa, yang boleh memberikan kesan mendalam kepada jiwa manusia. Malahan, bantahan dan kritikan sekalipun boleh disampaikan dalam bentuk seni, ini amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu yang turut menghasilkan syair dan pantun bagi tujuan kritikan tajam.

Nasyid juga turut mengajak manusia untuk berzikir kepada Allah S.W.T di mana unsur-unsur zikir dan doa turut menghiasi seni nasyid, disamping dijadikan sebagai kaedah yang boleh membantu memudahkan hafalan Asmaul Husna, nama-nama nabi, sifat-sifat Allah dan Rasul-Nya, dan nama-nama surah yang terdapat dalam Al-Quran. Seni ini juga telah dijadikan sebagai alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Nasyid dan Marhaban, telah menjadi aktiviti alternatif sebahagian remaja Islam masa kini, khususnya dalam mengimarahkan masjid dan surau serta mengisi pelbagai aktiviti hidup dengan perkara yang bermanfaat. Ini dapatkan mengelakkan remaja dari terjebak ke dalam aktiviti gejala sosial yang kian berleluasa.

Nasyid juga telah menjadi medium penyebaran dakwah dalam dunia penyiaran, di mana lagu nasyid telah menjadi salah satu bentuk seni hiburan yang disiarkan di kaca televisyen dan radio, Rancangan Nasyid Minggu (NMI) ini yang diterbitkan oleh Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM sejak Mac 2004 menjadi satu pendekatan kepada muda-mudi untuk memilih hiburan yang lebih baik dan bermanfaat. Selain daripada hiburan, rancangan ini juga banyak memaparkan petikan ayat-ayat al-Quran dan Hadith sesuai dengan tema siaran. [16]

Carta Nasyid Radio IKIM juga turut menjadi siaran hiburan pilihan sebahagian remaja Islam masakini.

Konsert yang berintikan seni Islam seperti Nasyid juga telah dijadikan sebagai ruang kerja amal dan dakwah secara terbuka kepada semua golongan lapisan masyarakat, usaha yang dilakukan oleh Persatuan Penggiat Seni Nasyid Malaysia (PNI) menerusi konsert “ Thousand Faces One Faith” yang membawa maksud “ Seribu Wajah Satu Aqidah” akan menceritakan kehidupan warga Islam yang tergolong dari pelbagai keturunan, bangsa dan budaya.

Konsert yang akan diadakan pada 12 Ogos 2006 ini mempunyai tentatif yang amat menarik sebagai medium dakwah. Konsert ini akan dimulakan dengan acara solat maghrib secara berjemaah oleh semua penonton dan akan diteruskan dengan Nasyid Asmaul Husna secara koir bersama penonton disamping itu turut disajikan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan persembahan video yang menerapkan nilai akidah dan diiringi persembahan nasyid yang menyentuh jiwa.[17]

Perjalanan seni nasyid nusantara tidak terlepas dari tuntutan dan tanggungjawab berdakwah pada jalan Allah . Adalah menjadi tanggungjawab ahli seni untuk terus mengajak manusia kepada kebaikan dengan tidak melupakan etika dan akhlak Islam yang perlu menjadi pakaian diri sepanjang masa agar nasyid mampu menjadi agen yang mengajak manusia kepada amar ma’ruf dan nahi mungkar.

5. KESIMPULAN

Usaha memartabatkan nasyid secara profesional dalam bentuk program pembelajaran secara konsisten amat perlu dalam usaha melahirkan seniman nasyid yang berkaliber.

Penggiat nasyid nusantara harus mengembeleng tenaga dalam mewujudkan institusi nasyid yang boleh melahirkan seniman nasyid seperti Prof Ahmad Baqi yang mampu menghasilkan lirik lagu yang memberi kesan dalam mendidik jiwa berteraskan ajaran Islam .

Olahan kreatif penulisan lirik mestilah tidak meninggalkan tujuan asal nasyid, iaitu untuk berdakwah dan memberi tarbiah Islamiah kepada pendengar samada secara langsung atau secara tidak langsung.

Penulisan berkaitan sejarah nasyid nusantara wajar diperbanyakkan dalam mendorong peminat dan pengamal nasyid mampu memasyarakatkan dan meneruskan kegiatan seni nasyid untuk generasi akan datang.

Semoga perkongsian maklumat ini mampu membuka minda untuk terus memartabatkan nasyid sebagai salah satu medium dakwah masa kini.

noordianah@yahoo.com

Noordianah Alwi,

Serdang,

9 Julai 2006

Pencemaran Sambutan Hari Raya

Artikel daripada blog Ustaz Aizam:

KHURAFAT & TAHAYUL DI HARI RAYA
Memang sedih bila penulis melihat fi’il dan tabiat umat Islam di Malaysia menyambut ‘Idul Fitri. Lebih-lebih lagi bila ia disambut dengan sokongan dan dokongan pihak media elektronik. Perayaan yang sepatutnya disambut dengan penuh rasa gembira dalam konteks ‘beribadah kepada Allah SWT’ akhirnya menjadi perayaan khurafat dan tahayul. Lihat betapa dangkalnya TV3 apabila meluluskan tayangan iklan raya ala Santa Claus tempohari. Adakah begini bentuk iklan yang kononnya suatu kreativiti bagi menyesuaikannya dengan konsep 1Malaysia? Jika beginilah tafsiran 1Malaysia, harap maaf, penulis adalah orang pertama yang pasti menolaknya!


Perhatikan pula filem-filem yang ditayangkan sempena program ‘special’ raya, subhanallah…semuanya filem-filem yang berpaksikan khurafat dan tahayul. Apakah signifikannya filem-filem sebegini dengan ‘Idul Fitri yang merupakan perayaan ibadah?


Terus terang penulis katakan, penulis pernah terlibat beberapa kali di dalam mesyuarat penapisan filem. Banyak perkara berunsur khurafat dan tahayul yang disyor supaya dibuang atau dipotong daripada tayangan umum. Tetapi apa yang ditegur dilihat kadang-kadang hanya tercatat di dalam minit tetapi langsung tidak diambil tindakan oleh pihak terbabit. Pernah suatu ketika, penulis menegur satu ‘filem’ yang dipenuhi dengan babak-babak khurafat dan tahayul sehingga pengerusi mesyuarat berpendapat bahawa jika teguran penulis diambilkira nescaya filem itu terpaksa disekat terus. Bagaimanapun selepas beberapa ketika filem itu ditayangkan juga di pawagam dan banyak adegan-adegan khurafat dan tahayul itu kekal lulus. Apakah sebenarnya mentaliti masyarakat yang ingin dibentuk oleh pihak berwajib terbabit? Jika ditanya penerbit dan produser, sudah tentulah jawapan mereka apa yang penting adalah filem dapat dijual, dapat keuntungan dan pelaburan mereka yang berjuta ringgit tidak hangus begitu sahaja!


Itu mungkin berlaku kepada penerbit dan produser yang bukan Islam atau tidak berjiwa Islam, namun amat menyedihkan ia juga berlaku kepada penerbit dan produser berjiwa Islam. Mereka bermatlamat baik iaitu untuk menerbitkan filem-filem atau drama-drama berunsur Islam. Bagaimanapun kesilapan mereka kerana tidak merujuk kepada golongan agamawan yang pakar dalam selok belok aqidah dan syariah. Sekurang-kurangnya filem atau drama yang mereka ingin persembahkan itu tidak bertentangan dengan kehendak Islam itu sendiri. Ia tidak berbeza dengan tujuan bank-bank melantik panel syariah masing-masing supaya produk Islam yang ditawarkan adalah benar-benar ‘syariah compliance’.


Tetapi apa yang sering berlaku, apabila filem dan drama yang berunsur Islam itu telah selesai, sehari dua sebelum ditayangkan barulah pihak penerbit atau produser memohon nasihat daripada golongan agamawan. Apabila ditegur di sana dan di sini bahawa ia tidak sesuai dengan kehendak Islam, mulalah pihak berkenaan menarik muka masam dan tidak berpuas hati dengan ahli agama yang didakwa rigid atau tak faham matlamat karya berunsur Islam mereka. Persoalannya mengapa tidak daripada awal penulisan skrip lagi ia diajukan kepada golongan agama supaya dapat diperbetul atau disemak? Bukan setelah wang dibelanjakan ribuan atau jutaan ringgit baru karyanya itu mohon disemak.


Bagi penulis, limpahan filem dan drama sebegini perlu diberi perhatian berat oleh pihak pemerintah. Penulis tidak tahu apa akan jadi kepada masyarakat kita jika perkara-perkara khurafat dan tahayul seumpama ini terus menerus dilambakkan. Sedangkan pada hari ini kita berhadapan dengan keruntuhan agama dan kebiadapan moral seperti membunuh, buang bayi, zina dan sebagainya. Apakah penerbit dan produser filem dan drama tidak tahu bagaimana untuk menyumbangkan karya-karya yang boleh mendidik agama, moral dan minda masyarakat?


Penulis juga yakin, filem-filem dan drama-drama berunsur khurafat dan tahayul inilah yang sebenarnya menyumbang sedikit sebanyak kepada kemunculan ajaran dan kepercayaan sesat. Di mana logiknya ketika agensi-agensi agama dikerah untuk membendung perkara-perkara khurafat dan tahayul tetapi di pihak yang lain dengan kuasa media yang ada, secara bermaharajalela menyebarluaskan perkara-perkara khurafat dan tahayul kepada seluruh masyarakat secara terbuka. Sesungguhnya perbuatan ini benar-benar telah mencemarkan kesucian Syawwal dan ‘Idul Fitri malah kesucian Islam itu sendiri. Wallahu a’lam.

Monday, September 20, 2010

Pencemaran Sambutan Ramadhan



Artikel drpd. blog Al-Allamah Syeikh Ali Gomaa, tentang kesan buruk program TV ke atas ruh ibadat puasa.
مضي رمضان‏...‏ شهر القربة وليس شهر اللهو
الإمام العلامة علي جمعة

جاء شهر رمضان المبارك‏,‏ حاملا معه الرحمات الإلهية والنفحات القدسية‏,‏ ومصحوبا بألطاف الله عز وجل العظيمة‏,‏ وفاتحا أبواب الخير‏,‏ وهو مزاد التقوى وسوق الآخرة حيث امتن الله تعالى فيه على الصائمين بالأجر العظيم والفضل الجزيل‏,‏ فقال عز وجل في الحديث القدسي‏:‏ كل عمل ابن آدم له إلا الصوم‏,‏ فإنه لي وأنا أجزي به ‏(أخرجه البخاري 5/‏2215 ومسلم 2/‏806),‏ ولذلك وجب على المسلمين‏,‏ بل حري بهم أن يقبلوا على الله تعالى في هذا الشهر‏,‏ يؤدون واجباته ويتحلون بآدابه‏,‏ ويعظمون شعائر الله فيه‏,‏ وينأون عن المحرمات والمكروهات‏,‏ لما روي عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال‏:‏ إذا كان صوم يوم أحدكم فلا يرفث ولا يصخب‏,‏ وإن سابه أحد أو قاتله فليقل إني امرؤ صائم‏ (أخرجه البخاري 2/673 ومسلم‏ 2/807).‏ وبمقدار ما يتضاعف أجر المقبلين على الله في هذا الشهر والراعين لحدوده‏,‏ والمصطبغين بآدابه‏,‏ فإن الغافلين عنه والمعرضين عن واجباته وآدابه يحرمون رحماته ويفتقدون بركاته.‏‏
وقد جعل الصيام لتكفير الذنوب‏,‏ وتنقية النفوس‏,‏ وللقرب من الله سبحانه وتعالى‏,‏ فشهر رمضان الكريم هو شهر العبادة والقرآن‏,‏ وإحياء كل نوازع الخير في بني البشر‏.
ولذلك لم يكن الصوم -كما يقول ابن الجوزي‏:‏ صوم جماعة عن الطعام‏,‏ وإنما الصوم صوم الجوارح عن الآثام‏,‏ وصمت اللسان عن فضول الكلام‏,‏ وغض العين عن النظر إلى الحرام‏,‏ وكف الكف عن أخذ الخطام‏,‏ ومنع الأقدام عن قبيح الإقدام‏.
وقبيل قدوم الشهر الكريم استعد المسلمون لاستقباله وشمروا عن ساعد الجد والاجتهاد في الطاعات وفعل الخيرات‏,‏ لئلا ينصرم وقت هذا الشهر المبارك دون الفوز بوعد الله الوارد في قول رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ماتقدم من ذنبه ومن قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ‏(أخرجه البخاري 1/22 ومسلم ‏523).
وفي ضوء هذا الجو الإيماني الجميل في رمضان‏,‏ نجد هذا الكم الهائل من المسلسلات والأعمال التليفزيونية والفضائية في العالم الإسلامي‏,‏ بما يحويه بعضها من مشاهد خارجة تخاطب غرائز الإنسان‏,‏ وتجرح صومه وطاعته لله عز وجل‏,‏ وتكدر الموقف الروحاني والإيماني الذي يعيشه المسلم في رمضان‏, حتى خشي على الصائم ألا تتحقق له فضائل هذا الشهر الكريم إذا أساغ لنفسه أن يضيع وقته في كل ما يبعد عنها‏,‏ خاصة مع كثرة المعروض من تلك الأشياء‏.
إن مقصود الفن الحقيقي الذي تعارف عليه الحكماء والعقلاء أنه يوازن بين الترويح عن النفس والحفاظ على نشر القيم الصالحة في المجتمع‏.
يقول هاربرت ريد‏:‏ وأظن أننا سنحكم بوجود الدليل الكافي للقول بأن للفن طبيعته الجدلية‏,‏ فليس الفن ناتجا نتاجا ثانويا عن التطوير الاجتماعي‏, لكنه واحد من العناصر الأصلية التي تسهم في بناء المجتمع والثقافات ‏(الفن والمجتمع ص‏13).‏
ولكن يحذر من استخدامه في غير الهدف الصحيح الذي قصده أصحابه منه‏,‏ فقال ص‏10:‏ أعتقد أننا بلغنا نقطة تحول في تطور المدنية الحديثة‏,‏ أصبح فيها الجوهر الحق للفن في خطر من أن يعمي‏,‏ وأصبح الفن في نفسه مندثرا من جراء سوء استعماله‏.
ويقول د‏/‏ حسين فوزي‏:‏ ولا تحسبن الفن بمنأى عن أن يتحول هو أيضا من الخير إلى الشر‏,‏ وذلك بوسائل أقل إنجازا وإن لم تكن أضعف أثرا في مستقبل البشر‏,‏ فالفن قد يستخدم -بل استخدم فعلا- في محاولات لتدمير المجتمع‏, وذلك حين يتحول الفن عن مراميه السامية إلى أدوات دعاية وعدوان‏,‏ أو حينما يهبط إلى أعمال خبيثة ليست من صحيح الفن‏,‏ وإن لبست لبوسه نظما وموسيقى وغناء وتصويرا وتمثيلا ويضيف‏:‏ ولو أن هذه الظواهر المنحلة في ضمن الفنون يقف عند حد تشخيص مرض اجتماعي نتيجة الحروب والانقلابات والعرقيات والانغماس في اللذائذ الحسية والمتع الدنيئة لقلنا شر يزول وشيكا‏,‏ ولكنها -وهنا خطرها- تحمل في طياتها قدرة تبشيرية تهدد المجتمعات والشباب بخاصة‏,‏ وجرثومة تميت المثل العليا في الأخلاق والعادات والتقاليد الصالحة التي أورثها السلف والمنصف لا ينكر وجود عدد من البرامج الجادة والمفيدة التي تبث عبر الفضائيات الهادفة يمكن أن يستفيد بها المسلم‏,‏ ولا بأس من الترويح عن النفس بعض الوقت في رمضان بمشاهدة البرامج الجادة الخالية من وسائل الشر وتدمير الأخلاق والقيم‏.
فرمضان كما عهدناه جميعا هو شهر الطاعات والعبادات والتقرب إلى الله آناء الليل وأطراف النهار بالنفس والمال‏,‏ وهو أيضا شهر صلة الأرحام‏, والارتقاء بالنفس بكثرة فعل الخيرات‏,‏ وليس موسما للتفنن والتسابق في اللهو والغفلة وتضييع الأوقات‏,‏ وإثارة الشهوات والملذات‏.
ولذا ينبغي على وسائل الإعلام في العالم الإسلامي أن تكون على قدر المسئولية‏,‏ وأن تحرص على اختيار الأعمال الجادة التي تلتزم بالقيم‏, وتعمل على نشر الفضائل‏,‏ وتساعد على البناء النفسي والصفاء الروحي للإنسان المكرم على سائر الأكوان‏,‏ وبذلك تكون من المتحققين والفائزين بقوله تعالى‏:‏ {وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ} [المائدة:2] نقول هذا بعد ما مر رمضان لعلها تكون كلمة صادقة لرمضان القادم لذا فإننا ننصح القائمين على تلك الأعمال بالعودة بالأعمال الفنية إلى سابق عهدها‏, أعمالا جميلة هادفة‏,‏ تعالج قضايا مجتمعنا ومشكلاته‏,‏ وترسخ قيمنا ومبادئنا المستمدة من نموذجنا الحضاري‏,‏ كي تستمر المؤسسة الإعلامية بالعالم الإسلامي بجانب مؤسسات المجتمع المختلفة‏,‏ في العمل وفق تعاليم ديننا والتمسك بعاداتنا وتقاليدنا الأصيلة في سبيل نهضة المجتمع وتقدمه‏.

Meraikan Hjh Salwa sekeluarga




Majlis Aidil Fitri Ekspress dan serba ringkas untuk keluarga Hjh Salwa memandangkan esok beliau sekeluarga akan berangkat pulang ke Kaherah dengan ahli baru dalam keluarga mereka, Mohamed Yasseen. Pada kesempatan ini juga kami turut menjemput keluarga Ustazah Habibah dan Ustaz Yazit namun Ust Yazit tak dapat hadir. Juadah ringkas kami sebahagiannya disediakan oleh Ummi Noor dan sebahagian lagi disediakan oleh Restoran Hj.Samuri Kajang.

Saturday, September 18, 2010

كفى بالموت واعظا


Jam 1.00 pagi tadi terkejut mendapat berita seorang sepupu Ummi Noor meninggal dunia di Hospital HUKM Bandar Tun Razak. Sebaik mendapat berita kami bergegas ke hospital. Hujan turun begitu lebat sepanjang perjalanan. Alhamdulillah saya sempat membacakan yasin, dan kemudian membantu menguruskan pemandian, kafan dan solat jenazah bersama saudara mara yang lain. Syukur kerana semua urusan berjalan lancar. Pada jam 4.15 pagi jenazah mula meninggalkan bangunan hospital menuju ke Kg Wakaf Berangan, Pasir Putih Kelantan untuk dikebumikan di sana. Saya masih terbayang pertemuan kami pada Aidil fitri yang lepas. Tidak menyangka begitu cepat dia dijemput menemui Penciptanya. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keampunan ke atas roh Mohd Nasir Mohammad dan ditempatkan bersama para solehin. Amiiin.

Kahwin Lagi


Hari ini Pn Habibah mempelawa saya & Ummi Noor ke majlis perkahwinan di antara dua graduan kuliah perubatan Mesir, Dr Shuib & Dr Zawil di rumah orang tua pengantin lelaki di Desa Sentosa Sungai Merab, 3KM dari kediaman kami di P14 Putrajaya. Nampaknya posa enam kena tangguh dulu untuk memberi laluan kepada majlis kahwin dan rumah terbuka aidil fitri.

Tuesday, September 14, 2010

Doa Majlis Perkahwinan


Sempena cuti raya puasa ni ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis kahwin. Maka banyak juga undangan ke majlis kahwin yang diterima daripada saudara mara samada sebagai tetamu atau petugas dalam majlis berkenaan. Kepada pak-pak ustaz menjadi kelaziman kepada mereka ini mendapat undangan sebagai pembaca doa sebagai tanda memohon berkat majlis dan pasangan yang dipersatukan. Berikut di antara doa yang sesuai dibaca dalam majlis perkahwinan:

DOA MAJLIS PERKAHWINAN (JAKIM)
___________________________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami.

Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (…).

اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ يَا ذَاالْجُوْدِ وَاْلكَرَمِ

Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta dikurniakan zuriat yang soleh. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah.

اَللَّهُمَّ يَا بَدِيْعَ السَّمـوَاتِِِ وَالأَرْضِ

Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini.

اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Tuesday, September 7, 2010

Persoalan Semasa

Dua artikel yang saya nukil daripada blog Ustaz Aizam untuk rujukan

SEMBAHLAH ALLAH YANG MAHA HIDUP...

"من كان يعبد رمضان فإن رمضان قد فات ومن كان يعبد الله فإن الله حي لا يموت..."


“Barangsiapa yang menyembah Ramadhan, maka Ramadhan telah hilang, namun barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah itu Maha Hidup dan tidak mati…”


Itulah sebaik-baik ibarat yang penulis dapat ungkapkan di saat kita berada beberapa detik sahaja lagi sebelum kita meninggalkan Ramadhan yang penuh keberkatan. Sesungguhnya Ramadhan itu hanyalah satu bulan daripada dua belas bulan yang diciptakan oleh Allah SWT. Ia adalah satu tanda daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT dalam penciptaan-Nya, seperti jua Allah SWT mencipta langit, bumi, bulan dan matahari, kesemuanya adalah sebagai memperlihatkan kekuasaan dan keagungan-Nya. Allah SWT tidak sekali-kali menyuruh kita memuja dan menyembah tanda-tanda itu, sebaliknya Dia-lah yang sebenar-benarnya berhak disembah.


Tidaklah Ramadhan melainkan hanya satu bulan yang diangkat Allah SWT sebagai penghulu kepada segala bulan. Di dalamnya dijanjikan pelbagai kelebihan dan ganjaran yang tidak ternilai. Kalau bukan kerana Allah SWT, tiadalah kelebihan dan ganjaran di dalamnya. Kalau bukan kerana Allah, tiadalah kefardhuan puasa di dalamnya. Kalau bukan kerana Allah SWT tiadalah tarawih. Kalau bukan kerana Allah jua tiadalah zakat fitrah. Malah kalau bukan kerana Allah SWT tiadalah apa yang dinamakan Ramadhan. Itulah hakikat sebenar Ramadhan. Hanya makhluk daripada makhluk-makhluk Allah SWT.


Justeru, apakah sebenar yang anda sembah? Adakah Ramadhan atau Tuhan Ramadhan? Jika Tuhan Ramadhan yang disembah, mengapa hanya hadir ke masjid ketika Ramadhan? Mengapa pusat-pusat maksiat hanya ditutup @ separa tutup ketika Ramadhan? Mengapa hanya menutup aurat penuh @ separa penuh ketika Ramadhan? Mengapa hanya menyambut Merdeka tanpa hiburan melampau ketika Ramadhan? Mengapa hanya membaca al-Qur’an ketika Ramadhan? Mengapa hanya tidak menikam ekor @ berjudi ketika Ramadhan? Mengapa hanya tunaikan lima waktu ketika Ramadhan? Mengapa hanya bersedekah ketika Ramadhan? Mengapa hanya menghentikan berlakon ‘adegan panas’ ketika Ramadhan? Dan seribu mengapa lagi…


Akhirnya, Syawwal jualah yang menjadi mangsa rakus manusia. Syawwal menjadi bulan untuk dilampiaskan segala hawa nafsu yang terkongkong dek kerana Ramadhan. Allah SWT seolah-olah luput pada sebelas bulan yang mendatang. Hilang segala ketaatan dan menjadi ‘halal’ segala larangan. Hanya kerana Ramadhan itu telah pergi.


Insaflah wahai hamba Allah, sesungguhnya tidak ada satu bulan pun yang bukan bulan ibadah. Ramadhan bulan ibadah. Syawwal jua bulan ibadah. Kerana itulah Syawwal disambut dengan takbir, tahlil dan tahmid sebagai tanda ibadah yang mutlak hanya kepada-Nya. Lambang kehinaan, ketundukan dan perhambaan kita hanya kepada-Nya, Rabbul Jalil, Allah SWT. Bukan bulan itu yang kita agungkan tetapi Allah SWT! Bukan masa dan tempat yang kita sembah tetapi Allah SWT!


Allah SWT itu ada di mana-mana. Tak mengira saat dan tempat. Begitu jualah perintah dan larangannya ada di mana-mana tanpa mengira saat dan tempat. Istiqamahlah. Konsistenlah. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita di bulan Ramadhan dan mengurniakan kita istiqamah. TAQABALLAHU TO’ATANA WA TO’ATAKUM JAMII’AN…KULLU ‘AM WA ANTUM BIKHAIR…SALAM ‘IDUL FITRI DAN MOHON MAAF ATAS APA JUA SALAH & SILAP…wajazaakumullahu khairal jaza’.
Dicatat oleh Abu Haseef di 10:34 0 ulasan



HUKUM SOLAT JUMAAT PADA HARI RAYA
Para ulama berbeza pendapat mengenai hukum solat Jumaat yang jatuh bertepatan dengan hari raya, sama ada 'Idul Fitri mahupun 'Idul Adha. Dalam kitab Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf Al A`immah karya Imam Sadr al-Din Abu Abdullah Muhammad bin Abdul Rahman Ad Dimasyqi al-Syafi’iy, disebutkan bahawa :


“Apabila hari raya bertepatan dengan hari Jumaat, maka menurut pendapat Imam Asy Syafi’i yang sahih, bahawa solat Jumaat tidak gugur dari penduduk kampung yang mengerjakan solat Jumaat. Adapun bagi orang yang datang dari kampung lain, gugur Jumaatnya. Demikian menurut pendapat Imam Asy Syafi’i yang sahih. Maka jika mereka telah solat hari raya, boleh bagi mereka terus pulang, tanpa mengikuti solat Jumaat. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, bagi penduduk kampung wajib solat Jumaat. Menurut Imam Ahmad, tidak wajib solat Jumaat baik bagi orang yang datang mahupun orang yang ditempati solat Jumaat. Kewajiban solat Jumaat gugur sebab mengerjakan solat hari raya. Tetapi mereka wajib solat Zuhur. Menurut ‘Atha`, Zuhur dan Jumaat gugur bersama-sama pada hari itu. Maka tidak ada solat sesudah solat hari raya selain solat Asar.”


Ad Dimasyqi tidak menampilkan pendapat Imam Malik. Ibnu Rusyd dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid menyatakan pendapat Imam Malik sama dengan pendapat Imam Abu Hanifah. Disebutkannya bahawa,“Imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat,”Jika berkumpul hari raya dan Jumaat, maka mukallaf dituntut untuk melaksanakannya semuanya….”


Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah bahawa dalam masalah ini terdapat empat pendapat :


Pertama, solat Jumaat tidak gugur dari penduduk kota (ahlul amshaar / ahlul madinah) yang di tempat mereka diselenggarakan solat Jumaat. Sedang bagi orang yang datang dari kampung atau padang gurun (ahlul badaawi / ahlul ‘aaliyah), yang di tempatnya itu tidak dilaksanakan solat Jumaat, gugur kewajiban solat Jumaatnya. Jadi jika mereka –yakni orang yang datang dari kampung — telah solat hari raya, boleh mereka terus pulang, tanpa mengikuti solat Jumaat. Inilah pendapat Imam Syafi’i. Ini juga pendapat Uthman dan Umar bin Abdul Aziz.


Kedua, solat Jumaat tetap wajib ditunaikan, baik oleh penduduk kota yang ditempati solat Jumaat mahupun oleh penduduk yang datang dari kampung. Ini pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Jadi, solat Jumaat tetap wajib dan tidak gugur dengan ditunaikannya solat hari raya.


Ketiga, tidak wajib solat Jumaat baik bagi orang yang datang mahupun bagi orang yang ditempati solat Jumaat. Tetapi mereka wajib solat Zuhur. Demikian pendapat Imam Ahmad.


Keempat, Zuhur dan Jumaat sama-sama gugur kewajibannya pada hari itu. Jadi setelah solat hari raya, tak ada lagi solat sesudahnya selain solat Asar. Demikian pendapat ‘Atha` bin Abi Rabbah. Dikatakan, ini juga pendapat Ibnu Zubayr dan ‘Ali.


Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa pendapat yang rajih (kuat) adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, rahimahullah. Perinciannya hukumnya adalah seperti berikut:


Hukum Pertama, jika seseorang telah menunaikan solat hari raya -yang jatuh bertepatan dengan hari Jumaat- gugurlah kewajiban atasnya untuk menunaikan solat Jumaat. Dia boleh melaksanakan solat Jumaat dan boleh juga tidak. Antara dalilnya adalah hadith Zayd bin Arqam r.a. bahawa dia berkata : “Nabi SAW melaksanakan solat Ied (pada suatu hari Jumaat) kemudian beliau memberikan rukhshah (kemudahan/keringanan) dalam solat Jumat. Kemudian Nabi berkata, “Barangsiapa yang berkehendak (solat Jumaat), hendaklah dia solat.” (HR. Al Khamsah, kecuali At Tirmidzi. Hadith ini menurut Ibnu Khuzaimah,sahih).


Hukum Kedua, bagi mereka yang telah menunaikan solat hari raya tersebut, lebih utama dan disunnahkan tetap melaksanakan solat Jumaat. Dalilnya adalah hadith Abu Hurayrah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: “Innaa mujammi’uun” (Dan sesungguhnya kami akan mengerjakan Jumaat). Ini menunjukkan bahwa walaupun Nabi SAW menjadikan solat Jumaat sebagai rukhshah, yakni boleh dikerjakan dan boleh tidak, akan tetapi Nabi Muhammad SAW faktanya tetap mengerjakan solat Jumaat.


Hukum Ketiga, jika orang yang telah menunaikan solat hari raya tersebut memilih untuk tidak menunaikan solat Jumaat, wajib melaksanakan solat Zuhur, tidak boleh meninggalkan Zuhur.


Hukum Keempat, mereka yang pada pagi harinya tidak melaksanakan solat hari raya, wajib atasnya untuk menunaikan solat Jumaat, tidak dibenarkan baginya untuk meninggalkan solat Jumaat.


Walaubagaimanapun penulis berpandangan, bagi keluar daripada khilaf (perselisihan pandangan) di kalangan ulama, adalah lebih afdhal untuk tetap menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut bagi sesiapa yang tidak mempunyai sebarang kesukaran untuk hadir ke masjid. Realiti atau waqi’ juga cenderung kepada kewajipan menunaikan solat Jumaat berdasarkan kemudahan untuk menemui masjid di mana sahaja kita berada di samping kemudahan lain seperti kenderaan. Wallahu a’lam.

Monday, September 6, 2010

Khutbah Aidil Fitri

Kegembiraan Hari Raya

Kemenangan yang akan disambut oleh umat Islam pada Jumaat ini merupakan satu anugerah yang tidak ternilai yang Allah Taala. Kegembiraan yang disambut bukanlah dalam bentuk kegembiraan duniawi ,seperti dapat makan,minum semula dan seumpamanya.
Tetapi kegembiraan yang disambut oleh umat Islam adalah kegembiraan yang mempunyai nilai-nilai rabbani yang begitu tinggi. Kegembiraan yang timbul kerana Allah memilih kita untuk menjadi hambanya yang beribadat dan diberi peluang untuk bertakbir namaNya yang agung yang mempunyai seribu satu hikmat dan pengertian.
Kegembiraan yang mana dapat melihat nama Allah dilaungkan,bukan nama-nama manusia yang kerdil ini. Nama yang menggegarkan dunia,yang memecahkan tembok Khaibar.Nama yang memberi kita kita kekuatan apabila menyebutnya.
Kegembiraan hakiki kita bukanlah pada baju baru yang kita beli, sebaliknya sebalik kegembiraan itu pada perasaan yang merasakan bersihnya dalaman kita yang kita bina sepanjang bulan Ramadan untuk kita bekalkan untuk menghadapai bulan-bulan yang akan datang. Bagi yang ingin melakukan haji,ia merupakan stamina bagi menunaikan ibadat tersebut.
Hari raya merupakan hari yang mengingatkan kita kepada fitrah kita, fitrah yang sentiasa memanggil-manggil kita untuk memperhambakan diri kepada Tuhan yang mencipta alam semesta ini dan menguruskannya penuh dengan hikmat.
Kita perlu tahu,kegembiraan luaran ini hanya sementara, baju baru yang kita pakai hanya cantik seketika,selepas itu membuangnya, makanan yang kita makan akan keluar juga. Tetapi kegembiraan yang kita mahukan apabila hati dan perasaan kita tenang dengan pakaian rohani yang baru, pakaian yang mewarnai hidup kita, perasaan rahmah ,mahabbah,tawaduk dan sebagainya. Di mana perkara-perkara ini kekal dan tidak akan lusuh apabila kita istiqmah dengan perintah-perintah Allah.
Kesemua nikmat yang diberikan kepada kita ini wajib kita syukuri sebelum kita menangis selepas kehilangannya. Insyallah kita kan menyambut aidil fitri yang mulia dengan penuh kegembiraan zahir dan batin tanpa melupakan rakyat Palestin,Iraq yang sentiasa ditimpa ujian dan diserang oleh musuh kita.

* Disedut daripada blog fauwazfadzil.blogspot.com (Pemikiran Imam Al-Qardhawi)

Bertugas di Madrasah Ehsan

Tahun ini kami sekeluarga berpeluang semula menyambut Aidil Fitri di tanahair setelah dua tahun menyambut raya di bumi Kinanah. Pagi hari raya kali ini kami akan berada di Dusun Muda Kota Bharu apabila saya diamanahkan membaca khutbah di Madrasah Ehsan setelah hampir lima tahun tidak berkhutbah di sini. Saya sedang berfikir apa topik akan dikupas nanti. Selepas lima tahun tentu banyak perubahan yang berlaku. Masih berfikir...

*Khutbah Aidil Fitri Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tahun ini bertajuk "
Takbir Keinsafan"

Sunday, September 5, 2010

Lagi Tentang Rumah

Kalau bercerita tentang beli rumah ni macam-macam cerita ada kita dengar. Yang kerap kali kita dengar ialah projek bermasalah dan pemaju lari. Dalam kes rumah yang kami beli ni (Merab Pesona) kira ok jugak lah, walaupun dah lari dari schedule asal tapi tetap ada progress.

* Gambar diambil pada Mei 2010


Baiti Jannati

Rumah Teres yang dibeli dua tahun dulu masih belum siap. Terpaksa memohon ehsan BPH untuk dapat kuarters.

*Gambar diambil pada bulan Jun 2010



Part Time Job


Hakim Majlis Hafazan Puteri Islam bersama Hj Hasan Al-Fadhli Al-Hafiz dan Al-Muqri Wan Fakhrurazi - Jun 2010

Bersama keluarga Ust Mohd Hanif Naim


Tn Hj Hanif merupakan Qadi di beberapa daerah di Johor sebelum dilantik sebagai pegawai kebajikan pelajaran Johor di Kaherah. Beliau banyak membantu urusan akad nikah pelajar yang ingin berkahwin di Mesir. Mempunyai kepakaran sebagai chef. Mabruk.


* Gambar diambil pada April 2010 di rumah sewa kami di Imarah (Building) No 9 Syarie (Street) Abou El Feda, Dour (Level) 8, Syaqah (Apartment) 16, Zamalek, Cairo, ARE.

Koleksi Gambar 2- Alexandria



Koleksi Gambar 2009 - Giza







Percutian Musim Panas 2009 bersama keluarga Hjh Zainab & Hj Ibrahim dan anak (Nada & Rua) sewaktu kedatangan mereka ke Mesir.

Mabruk Al Maulud El Jadid- Mohamed Yaseen




Hajjah Salwa Jasman selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Tawakkal KPJ KL pada petang Jumaat 3 September yang lepas. Tahniah diucapkan kepada Hajjah dan Haji Mohammad sekeluarga. Semoga bayi yang baru ini akan menambahkan keceriaan kepada keluarga dan menjadi penyejuk mata kedua ibu bapanya.

Jenazah Allahyarham Norliza & Aiman Selamat Disemadikan







اللهم اغفر لهما وارحمهما وعافهما واعف عنهما وأكرم نزلهما ووسع مدخلهما واغسلهما بالماء والثلج والبرد ونقهما من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس وأبدلهما دارا خيرا من دارهما وأهلا خيرا من أهلهما وزوجا خيرا من زوجهما وأدخلهما الجنة وأعذهما من عذاب القبر وفتنته ومن عذاب النار

اللهم اجعله فرطا لأبويه وسلفا وذخرا واعتمادا

Thursday, September 2, 2010

Berita Sedih

Dua laporan Utusan Malaysia Online:

1) Polis kenal pasti dua beranak mangsa bunuh kes samun
03/09/2010 1:13pm


TELUK KEMANG 3 Sept. – Polis berjaya mengenal pasti ustazah dan anak lelakinya yang mati dibunuh dalam kejadian samun di kediaman mereka di Flat Shahbandar, Port Dickson dekat sini awal pagi tadi.

Mangsa-mangsa ialah Norliza Ishak, 35, dan Amirul Ayman Mohd. Yusof, 10.

Ketua Polis Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, Norliza merupakan ustazah di Sekolah Rendah Kebangsaan Port Dickson dekat sini. – Utusan


2) Ustazah, anak lelaki 10 tahun mati selepas disamun
03/09/2010 12:58pm


TELUK KEMANG 3 Sept. – Seorang ustazah dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun ditemui mati selepas disamun dan dibunuh di kediamannya di Flat Shahbandar, Port Dickson dekat sini awal pagi ini.

Ustazah berkenaan difahamkan mengajar di sebuah sekolah di Port Dickson dan tinggal berdua di rumah tersebut kerana suaminya bekerja di Kaherah, Mesir.

Ketika ini, mayat kedua-dua beranak itu masih di lokasi kejadian dan pihak polis termasuk unit forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan. – Utusan

*Takziah kepada Ustaz Yusof - ahsanaAllahu 3azaak.
*Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kedua-dua arwah dan memberi ketabahan kepada ahli keluarga mereka. Al-fatihah.
*Suami dan bapa kepada kedua-dua mangsa ialah Ustaz Yusof pengusaha kafe di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah.

Tilawah Guru-Guru JPWP 2010


Minggu lepas berkesempatan menjadi hakim Tilawah Guru-Guru Peringkat Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan(JPWP). Bertempat di Surau JPWP, majlis agak meriah dengan penyertaan lebih 30 guru-guru daripada sekolah-sekolah di bawah JPWP termasuk Guru Kemahiran Al-quran. (Walau bagaimanapun hanya 20 peserta tampil ke pentas ). mengikut pandangan panel hakim, beberapa orang peserta dapat mempersembahkan bacaan yang sangat baik. Mungkin boleh diperagakan di peringkat yang lebih tinggi. Pun begitu, masih terdapat peserta yang berada di bawah paras kelayakan. Qari-qariah kita amat perlu diberi pendedahan tentang Waqaf dan Ibtida seiring dengan kemampuan pernafasan qari-qari tempat yang terhad. Tahniah diucapkan kepada Sektor Pendidikan Islam JPWP kerana masih komited menganjurkan Tilawah di peringkat negeri meskipun pada tahun ini Kementerian Pelajaran menangguhkan majlis tilawah peringkat kebangsaan.

* Dalam gambar: Barisan Jemaah Hakim ; Al-faqir, Ust Mazlan, Ust Johari dan Ust Fajuri

Wednesday, September 1, 2010

Haram Berniaga Kurma Israel


Pakar Penyelidik di Majma’ Fiqh Islami Jedah, Dr Ahmad al Raisuni telah mengeluarkan fatwa keharaman memperniagakan Kurma Israel. Dua alasan terhadap fatwa itu ialah:

1- Kurma tersebut adalah hasil rampasan daripada rakyat Palestin
2- Membeli dan memperniagakan Kurma Israel akan menguatkan negara tersebut.

Fatwa ini beliau keluarkan bagi menyokong satu usaha yang sedang dipergiatkan oleh sekumpulan pemuda Maghribi bagi menghalang pemasaran kurma Isreal yang mensasarkan pengguna Muslim di bulan Ramadan ini.
Kata Raisuni: Kurma Israel sepertimana produk Israel yang lain, haram dimiliki, haram dibeli, haram diimport, haram diperagakan dan pendapatan daripada perniagaan ini juga haram.
Dalam persoalan ini, ada pula segelintir peniaga yang tidak setuju dengan pendapat Dr Ahmad al Raisuni berhujah bahawa kurma adalah termasuk dalam makanan ahli kitab yang dihalalkan oleh alquran.
Namun demikian, Dr Ahmad al Raisuni menegaskan bahawa al-Quran mengharuskan makanan ahli kitab tetapi situasi ini berlainan kerana adanya penganyaiaan dan pencerobohan. Isu yang diperkatakan bukan isu makanan ahli kitab.
Laman-laman web yang di membincangkan isu boikot kurma Israel juga menamakan dua syarikat Israel yang cuba memasarkan kurma mereka sempena kedatangan Ramadan. Syarikat ‘Hadiklaïm’ dan ‘Agrexco’.

Kurma-kurma bernilai jutaan dollar US yang dipasarkan itu pula berjenama seperti berikut : Jordan River, Bat Sheva, Bahri, Jordan Plains, Carmel dan King Salomon.

Sumber: Terjemahan daripada Islamonline oleh benmokhtar@wacanailmuan.blogspot.com