Wednesday, December 16, 2009

Bertemu Sahabat Lama & Program Ziarah ke Bukit Ajyad

Tn Guru Hj Yusof di tengah, di kiri beliau ialah Ust Mohd Razif dan Hj.Ilias. Di sebelah kanan, Hj Rubaie dan tuan blog.

Takdir Allah menemukan saya dengan Ust Mohd Razif Mohd Aris, seorang sahabat lama sewaktu berkhidmat di Johor dulu. Beliau yang diiringi oleh empat lagi jemaah haji menaiki bas yang sama sewaktu bergerak keluar daripada Muzdalifah pada malam hari Nahar. Ust Mohd Razif merupakan anak saudara kepada Allahyarham Hj Saman murid tua kepada Tuan Guru Hj Md Lif Guru Pondok di Parit Perupok Muar Johor. Diberitakan bahawa Hj Mad Lif berguru kepada Tok Kenali tokoh ulama tersohor di Kelantan.

Kesempatan bersama Ust Mohd Razif diisi dengan diskusi ilmu dan kunjungan ke rumah tuan guru dari Tanah Jawi yang masih bertahan di Mekah. Salah seorang yang sempat kami kunjungi ialah Tuan Guru Hj Mohamad Yusof bin Awang Paku. Beliau berhijrah ke Mekah pada tahun 1970 setelah menamatkan pengajian daripada Tuan Guru Hj Ismail Kelubi di Kg Belukar Luas dan Tuan Guru Hj Ismail bin Ahmad Samsala. Di Mekah beliau mendalami ilmu di Madrasah Darul Ulum di samping bertelaah di Masjidil Haram. Dalam kunjungan kami Tuan Guru Hj Yusof memberikan kami layanan yang mesra dan tidak lokek berkongsi ilmu dan maklumat. Allahummahfadhhu.

2 comments:

suhailsufian said...

masha'allah ! Bruntung Ustaz Zainuddin,ke mesir berjumpa Syeikh,pergi haji pun masih diberi rezeki untuk berjumpa Ulama'2 yang hebat.

Moga kami sebagai pelajar mengambil iktibar yg besar dalam menuntut ilmu.

doakan ana,baru mnejadi ayah 6 hari,
doakan juga imtihan kami yg bakal menerpa.

shukran ustaz Zainuddin.

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....