Sunday, September 27, 2009

Kecelaruan ...Adakah Tanda Ketidaksepakatan ?

Kita bergambar ajalah, nak sembang dah tak sempat ni.. maklumlah masih ada tiga rumah belum singgah..

Sejak Hari Raya Puasa baru-baru ini, masyarakat Malaysia di Kaherah sibuk mengadakan majlis Rumah Terbuka. Setiap hari pasti ada saja majlis makan-makan. Rumah Terbuka (Open House) ni samada anjuran individu, rumah negeri atau persatuan pelajar, tujuannya sangat murni iaitu merapatkan hubungan antara para pegawai, ahli-keluarga dan para pelajar. Waktu 'open house' lah masanya untuk kita sembang lama2 sikit, bertanya khabar dan mengenali sesama kita dengan lebih dekat. Waktu ini juga kita mengendurkan hubungan yang agak tegang dan menjernihkan apa yang keruh. Lebih-lebih lagi ketika ini, hati dan fikiran pun bersih setelah digilap dalam madrasah Ramadhan selama sebulan yang lalu.
Akan tetapi objektif yang diharapkan dari 'open house' kali ini tak begitu menjadi mungkin disebabkan kelemahan kita dalam pengurusan program dan penyelarasan aktiviti. Cuba bayangkan kalau satu hari ada lima 'open house' untuk dihadiri dalam masa tiga atau empat jam. Jarak dari satu rumah ke rumah yang lain pula agak berjauhan. So 'open house' hanya menjadi program "singgah, makan, & beredar". Diri ini cenderung untuk ambil cakna memandangkan kecelaruan dalam gerak kerja antara kelompok dengan yang lain nampaknya menjadi trademark di sini, baik dalam kelompok masrinya atau malizinya. Pokoknya kita dilihat tidak sepakat. Dalam situasi ini, teringat ungkapan Dr Jamil, Pengarah JPMK yang kerap dinukilnya : "Seseorang Muslim hendaklah tersusun dalam seluruh gerak kerja kehidupannya...(Hasan al-Banna)". Namun, berat untuk disebut, berat lagi hati dan fikiran ini bila memikirkan jalan keluar. Bilakah saat kami akan bersepakat, bilakah masa kami akan bersatu...Ya Allah Tuhan yang Membolak Balikkan Hati, Tetapkanlah Hati2 Kami di Atas AgamaMu... Ya Allah Tuhan Yang Menyatukan hati-hati, satukanlah hati-hati kami di atas Agamamu.

No comments: