Wednesday, September 23, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H / 2009M

Solat Hari Raya Aidil Fitri lambang kemenangan orang yang berpuasa

Sedang menerangkan kaifiat ringkas solat Hari Raya



Tahun ini sekali lagi saya dan keluarga berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidil Fitri di perantauan. Walau bagaimanapun kali ini ada sedikit perbezaan apabila venuenya berpindah dari dataran Hay Asyier ke Dataran DMAK. Dengan bilangan keluarga JPMK yang lengkap (7 pegawai) dan dibantu oleh pegawai kedutaan dan pegawai-pegawai negeri yang semakin bertambah, gerak kerja majlis sambutan Aidil Fitri kali ini agak tersusun. Ditambah pula pengalaman mengadakan majlis sambutan hari raya sebanyak dua kali pada tahun lepas, nampaknya beberapa masalah teknikal dapat dielakkan dari awal.
Rata-rata pelajar melahirkan kepuasan kerana raya kali ini begitu meriah dan persiapan berjalan lancar. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa aspek yang masih boleh dipertingkatkan pada masa akan datang.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
KULLU SANAH WAANTA TOYYIB (kata orang Mesir)
dalam bahasa fusha kebiasaannya disebut : KULLU 3AM WAANTA BIKHAIR

PS : Yang paling berharga dalam majlis Sambutan Hari Raya kali ini ialah bannernya. Thanks to Anas.

2 comments:

suhailsufian said...

selamat hari raya juga kepada Ustaz Zainuddin sekeluarga.

saya dan zaujah memminta maaf andai salah dan silap sebagai penuntut dimesir ini.

salam mahabbah dari Alex

minal a'aiidiin wal fa'iziin.

Zainuddin Ab Rahman said...

Kullu Sanah Waantum Toyyibun..Ghafarallahu lana walakum Wataqabbala minna solihal a3maal. Jemput datang ke rumah kalau ada kelapangan.