Wednesday, April 15, 2009

Alam Cyber Teknologi Terkini

ASSALAMUALAIKUM WTH

"Alam Cyber"... Suatu yang tidak pernah kita fikirkan dulu-dulu. Dulu-dulu kalau nak bertanya khabar orang yang jauh kita akan kirim surat. Kalau urusan segera kena hantar telegram. Bila musim-musim raya bangganya bila dapat kad raya. Kini, senario begini sudah hampir tiada. Kalau nak bertanya khabar antar jek emel, kalau nak cpat call je la send aje kat messenger, bila musim raya masing2 berbalas kad raya versi sms. Inilah alam cyber. Istilah 'alam' mengingatkan kita pada tafsiran ayat ke 2 Surat Al-Fatihah "Alhamdulillahi Rabbil Al3alamin" Segala puji bagi Allah Rabb bagi sekelian alam. Lafaz "Al3alamin" ditafsirkan sebagai " sekelian alam" termasuk alam manusia, alam jin, alam malaikat, alam haiwan, alam kubur(barzakh), alam roh, alam janin . Waktu kat sekolah dulu kita terkedu dengan beberapa istilah yang agak bombastik seperti alam lahut, alam nasut dan alam malakut. Terasa ceteknya ilmu kita dengan term-term begini sebagaimana ceteknya ilmu anak adam dalam mena'kuli alam roh. Firman Allah Taala: bererti: (Mereka bertanyakan kepada tentang ruh, Katakan-wahai Muhammad SAW- ruh itu urusan tuhanku dan kamu tidak diberi pengetahuan tentangnya melainkan sedikit . "Alam Cyber". Penggunaan lafaz 'alam' dalam konteks ini walaupun secara KINAYAH sahaja tetapi sedar atau tidak, alam yang berusia setahun jagung ini telah dikunjungi oleh ribuan juta umat manusia di seluruh pelosok dunia. Penemuan Alam Cyber telah mengubah corak hidup sebahagian daripada kita. Meskipun penggunaan teknologi alam cyber masih ada pro dan kontra tentang manfaat berbanding kemudaratannya namun kita tidak dapat daripada menggunakannya. Apa yang perlu ialah kebijaksanaan kita dalam mengambil manfaat daripadanya. Bahkan kita yakin siapa yang berjaya memanfaatkannya akan mendahului orang lain. Siapa yang gagal menguasai atau melanggar etika penggunaannya tidak akan kemana. Hebat sungguh penemuan ini. Mereka menyahut seruan Allah " Afala ta3qilun.. Afala tatafakkarun...? Dalam keseronokan menggunakan teknologi canggih ini fikiran masih berlegar pada kalam ilahi tersebut." Tidakkah kamu berfikir...?" Wassalam

No comments: