Wednesday, April 29, 2009

Kelesuan Graduan Al-Azhar... Puncanya Di Mana ?


Universiti Al-Azhar ... namanya cukup terkenal di pelosok dunia, dunia Islam mahupun bukan Islam. Bahkan masyarakat kita juga sangat mengenali universiti Al- Azhar sebagai nama yang cukup sinonim dengan bidang pengajian agama di Malaysia. Al-Azhar adalah lambang ketinggian ilmu dan benteng kekuatan akidah. Sejak sekian lama mendidik ummah dan memberi tarbiah generasi demi generasi. Menyeru kepada kesederhanaan sesuai dengan tabiat semulajadi Islam. Menyempurnakan ketinggian akhlak selaras dengan misi pengutusan Rasul SAW.
Sejak puluhan tahun yang lalu hingga kini berbondong-bondong anak Melayu Malaysia ke Azhar. Bersama bekalan ikan bilis, ikan kering, kicap dan belacan anak-anak Melayu ini membawa segunung harapan ibu dan ayah, guru-guru dan masyarakat bahkan harapan kerajaan. Semuanya menaruh harapan anak-anak muda ini menyelami lautan ilmu Al-Azhar yang tidak bertepi. Semuanya penuh yakin anak-anak muda ini pasti mengharungi badai kehidupan seorang penuntut ilmu, penuh istiqamah bersama majlis ilmu. Kembara ilmu.. siangnya di dewan kuliah, malamnya di majlis sheikh. Setiap saat dan ketika ilmu mengisi kehidupannya. Dari awal ketibaannya hingga saat kepulangan ke sisi keluarga tercinta.

No comments: