Saturday, April 18, 2009

Maulidurrasul SAW 1430H


"Wahdah Pemangkin Khaira Ummah"


DMAK- 16 Mac 2009. Telah berlangsung forum sempena Maulidurrasul bertajuk Kesatuan Asas Pembinaan Sebaik-baik Umat. Forum tersebut menampilkan tiga orang panelis lulusan universiti di Cairo tetapi mempunyai latar belakang kerjaya yang berbeza. Tn Hj Ishak Othman merupakan Pengarah MARA di Alexandria, Dr Mashitah Ahmad merupakan Pensyarah UIAM dan Tn Hj Ahmad Kamal Abdullah merupakan Pegawai Kebajikan Pelajar Terengganu di Mesir, dan pernah bertugas sebagai kadi. Forum tersebut walaupun mengambil masa yang agak ringkas namun wacananya cukup berkesan. Panelis berjaya menarik perhatian hadirin yang sebahagian besar adalah mahasiswa/wi Pengajian Islam dan Perubatan. Isu-isu yang telah disentuh ialah realiti kehidupan siswa/siswi Malaysia kita di Mesir. Berpersatuan hingga membelakangkan nilai-nilai persaudaraan.. Berbahasa isyarat sebagai 'escapism' daripada perbualan dalam bahasa Arab dan beberapa isu lagi dalam kehidupan sebahagian anak-anak Melayu di bumi Anbiya ini. Tahniah kepada semua pihak terlibat menjayakan program. -
"Ya Allah jadikanlah kami orang mendengar lalu mengambil pengajaran"

No comments: