Thursday, September 2, 2010

Tilawah Guru-Guru JPWP 2010


Minggu lepas berkesempatan menjadi hakim Tilawah Guru-Guru Peringkat Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan(JPWP). Bertempat di Surau JPWP, majlis agak meriah dengan penyertaan lebih 30 guru-guru daripada sekolah-sekolah di bawah JPWP termasuk Guru Kemahiran Al-quran. (Walau bagaimanapun hanya 20 peserta tampil ke pentas ). mengikut pandangan panel hakim, beberapa orang peserta dapat mempersembahkan bacaan yang sangat baik. Mungkin boleh diperagakan di peringkat yang lebih tinggi. Pun begitu, masih terdapat peserta yang berada di bawah paras kelayakan. Qari-qariah kita amat perlu diberi pendedahan tentang Waqaf dan Ibtida seiring dengan kemampuan pernafasan qari-qari tempat yang terhad. Tahniah diucapkan kepada Sektor Pendidikan Islam JPWP kerana masih komited menganjurkan Tilawah di peringkat negeri meskipun pada tahun ini Kementerian Pelajaran menangguhkan majlis tilawah peringkat kebangsaan.

* Dalam gambar: Barisan Jemaah Hakim ; Al-faqir, Ust Mazlan, Ust Johari dan Ust Fajuri

No comments: