Wednesday, June 10, 2009

Mencintai Al-Quran

Sheikh Hasan sedang tekun mendengar bacaan seorang murid dari Malaysia


Suatu fenomena yang menarik perhatian bila berada di Mesir ialah minat dan kecintaan rakyat negara ini terhadap al-Quran. Ke mana-mana sahaja kita pergi, pasti akan melihat orang membaca al-Quran. Jika ada waktu lapang kebiasaanya, mereka akan mengisinya dengan membaca al-Quran. Bandingkan dengan diri ini pasti terasa betapa lemah dan kerdilnya kita. Oleh itu tidak hairanlah jika negara ini telah melahirkan ramai qari-qari yang hebat dan bertaraf dunia. Bagi sebahagian guru-guru di sini, Kitabullah benar-benar menjadi darah daging mereka. Mengamati kesungguhan mereka mengajar al-Quran seakan-akan tiada sesuatu yang lain dalam kehidupan mereka selain daripada menyebarkan ilmu al-Quran. Satu contoh yang dapat paparkan ialah Sheikh Hasan bin Hasan Rajab seorang guru veteran di Maahad Qiraat Shoubra. Setiap hari dalam diari Sheikh Hasan adalah al-quran dan al-quran. Selesai solat fajar seawal jam 5 pagi Sheikh akan menaiki bas ke tempat kerja . Waktu seharian akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Sheikh untuk mengajar ratusan anak muridnya. Setiap minit akan dimanfaatkan untuk menyampaikan ilmu tentang al-quran. Namun dalam kesibukan dengan jadual hariannya Sheikh Hasan tidak terlepas untuk membaca sebanyak enam juzuk al-Quran setiap hari ( tiga juzuk di sebelah pagi dan tiga juzuk di sebelah petang). Itulah lambang kecintaan seorang ahlil Quran terhadap kalamullah Taala. Nafa3ana bi3ulumihi wabarakatih. Amin.

No comments: