Tuesday, June 2, 2009

Raafaqatkumussalamah .. Pn Habibah sekeluarga


29 Mei 2009 Jumaat 10.00 am - Terminal Satu Matar Qadim Kaherah menyaksikan keberangkatan pulang Pn. Hjh Habibah Mat Rejab, suami Ust Yahya Khatib dan anak perempuan Nur Iman ke tanahair setelah genap tiga tahun mencurahkan bakti kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir amnya dan di Alexandria khasnya. Beliau mula menjawat jawatan sebagai Atase Pendidikan Khas Jabatan Penuntut Malaysia cawangan Iskandariah pada Jun 2006 setelah lebih enam tahun berkhidmat di Bahagian Buku Teks KPM. Pn Hjh. merupakan lulusan Kolej Islam Sultan Alam Syah kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda dalam bidang Bahasa Arab di Jordan. Di samping menjalankan tugas rutin menjaga hal ehwal akademik dan kebajikan, beliau sering mengadakan kelas-kelas tambahan dalam subjek2 Bahasa Arab kepada pelajar2 di Iskandariah. Kepulangan beliau ke pangkuan Kementerian Pelajaran demi mengejar cita2 dalam kembara ilmu untuk bergelar Doktorah (Ph.D) Semoga Allah Taala memakbulkan cita2 ustazah. Sekalung penghargaan kepada Pn Hjh. dan suami di atas khidmat bakti yang dicurahkan serta bantuan dan kerjasama yang dihulurkan kepada para pelajar, rakan-rakan di JPMK, Kedutaan dan agensi2 di Mesir. Ma3assalama Wailalliqa.

No comments: