Monday, August 9, 2010

Aktiviti Kemasyarakatan

Sabtu baru-baru ini bersamaan 7 Ogos 2010, sempat saya menyampaikan ceramah tentang tugas-tugas bilal menurut pandangan syarak. Ceramah diadakan di Surau Rawang Perdana. Seramai 40 orang Imam dan Bilal hadir pada ceramah tersebut. Alhamdulillah walaupun masa agak terhad, namun sempat juga saya mengupas sebahagian besar tanggungjawab seorang bilal.

Nota ceramah saya petik daripada buku karangan Syeikh Abdul Azim bertajuk : Al-Azan As-Syarie Al-Sohih



TAKRIF AZAN
Bahasa : Pemberitahuan , Firman Allah Taala (Surah At-Taubah:3), (Yusuf:70), Al-Haj: 27
Azan: Taazin: Azin
Syara’: Lafaz yang disyariatkan pada waktu solat untuk memberitahu kedatangan waktunya

HIKMAT AZAN:
Melahirkan syiar islam
Menzahirkan kalimah tauhid
Memberitahu masuk waktu
Memberitahu tempat didirikan solat
Menyeru kepada solat berjemaah

PERMULAAN SYARIAT AZAN
Di Mekah – Tiada azan sebelum hijrah
Hanya seruan : Assolata jamiah
Di Madinah- Selepas peristiwa palingan kiblat mula disyariatkan azan (Tafsir Qurtubi)
Kesimpulannya: Azan disyariatkan di madinah pada tahun 1 H (Rajih)
Lafaz yang lama : utk solat sunat (hari Raya, Minta hujan, Gerhana dll)

DALIL PENSYARIATAN AZAN:
Fussilat :33, Jumuah: 9

PERISTIWA PENYSARIATAN AZAN

Abdul Rahman bin Abi Laila : Sahabat2 Rasulullah SAW menceritakan… Hadis sahih)

BILANGAN KALIMAT AZAN

LAFAZ IQAMAT
Imam Syafie: Lafaz mufrad kecuali Takbir di awal dan akhirnya dua kali.
Inilah amalan di kebanyak dunia islam

BEZA ANTARA AZAN DAN IQAMAT

SYARAT MUAZZIN DAN ADAB-ADAB MUAZZIN
Syarat sah juru azan:
Beragama Islam
Mumayyiz
Lelaki
Berakal
Mengetahui waktu solat samada dengan pengetahuan sendiri atau dimaklumkan oleh orang lain. Kini terdapat calendar atau radio dsb.

Ciri-ciri yang digalakkan:
Berwuduk kerana hadis : Tidak boleh melaungkan azan melainkan berwuduk(Tirmizi)
Bersuara merdu untuk melembutkan hati dan menarik pendengar untuk dating. Dalilnya : Sabda nabi SAW kepada Abdullah bin Zaid : Suruhlah Bilal melaungkan azan , kerana suaranya lebih merdu daripada suaramu.
Berdiri ketika azan begitu juga iqamat dan khutbah.
Menghadap kiblat kerana ia sebaik-baik arah.
Meletakkan hujung jari telunjuk di dalam telinga supaya suara lebih mantap dan nyaring. Memberitahu orang yang pekak dan orang yang berada jauh.
Berpaling muka ke kanan danke kiri semasa melaungkan : Hayya Alal salah
Tidak buta , jika orang buta azan dikira sah kerana Ibn Ummi maktun seorang yang buta.
Memperlahankan tempo dalam azan dan mempercepatkan dalam iqamat.
Meninggikan suara selagi tidak memudaratkan diri, menyebabkan putus suara atau merosakkan makna.
Keterlaluan dalam mengalunkan azan sehingga merosakkan susunan.
Berdiri di tempat yang tinggi (digantikan dengan kemudahan mikrofon)
Seorang yang adil
Qari lebih diutamakan untuk melaungkan azan.
Seorang yang terkenal dengan ketakwaan dan peribadi yang baik dan salih.
Orang yang berkahwin diutamakan berbanding bujang. Orang dewasa berbanding kanak-kanak walaupun harus.
Selang waktu di antara azan dan iqamat memadai untuk menunggu kehadiran jemaah slagi tidak terkeluar daripada waktu sunat. Sabda Nabi SAW: Wahai Bilal… jadikanlah selang waktu di antara azan dan iqamat memadai untuk seseorang yang sedang makan menghabiskan makanannnya, orang yang minum menghabiskan minumannya dan orang buang air selesai hajatnya.
Tidak digalakkan memanjangkan solat di antara azan dan iqamat
Digalakkan menunggu imam selagi tidak menyusahkan jemaah.
Disunatkan bersugi sebagai tanda memuliakan lafaz azan.
Tidak berkecil hati terhadap orang yang mengambil alih gilirannya jika dia tidak dapat hadir.

TATACARA AZAN
Lafaz ; Allahu Akbar
Memanjangkan lafaz Jalalah lebih daripada sepatutnya. Dalam hukum tilawah sekadar 1 alif. Iaitu merapatkan dua jari (mad asli/ tabie)
Mengubah baris ha Jalalah kepada baris atas
Memanjangkan ba (akbar)
· Cara menyambung dua lafaz Allah Akbar:
Pertama:
Diwasalkan tanpa saktah
Ra berbaris hadapan

Kedua:
Saktah pendek di antara dua lafaz beserta nafas sedikit
Ra dibaca sukun

Lafaz : tasyahhud :
Idgham Nun dalam Lam (Idgham Bighairi Ghunnah)
Menyebut hamzah qatie (4 tempat)dengan jelas:
أشهد ـ أن ـ إله ـ إلا
Lafaz :
أشهد أن محمدا رسول الله
Sebutan hamzah
Dengung pada Nun dan Mim Bersabdu
Tidak mengizharkan Nun bersama Ra

Lafaz
حي على الصلاة
Sabdu pada Ya disebut tanpa takalluf
Tidak melebihkan tempohnya dari kadar biasa
Harus mad arid (2, 4, 6)
Harus mad lapan harakat
Tidak berlebihan pada huruf ha (solahah)

Lafaz:
حي على الفلاح
Seperti sebelumnya
Izharkan ha
Waqaf dengan betul

Lafaz ; TASWIB:
الصلاة خير من النوم
Annaum; mad lin 2, 4 dan 6
Kadar 6 lebih afdal untuk menasihatkan orang yang tidur

KELEBIHAN AZAN

KELEBIHAN MENJAWAB AZAN

DOA SELEPAS AZAN
Sabda nabi SAW : Doa selepas azan dan iqamat tidak akan tertolak. Dalam riwayat yang lain: Mereka bertanya: Apakah yang akan kami doakan? Nabi SAW menjawab : Mohonlah keampunan dan afiat didunia dan akhirat.

DOA DI ANTARA AZAN DAN IQAMAT

JURUAZAN NABI SAW
Nabi mempunyai empat orang juru azan; dua orang di Madinah iaitu Bilal bin Rabah (juruazan pertama)dan Amru bin Ummi Maktum Al-Qurasyi seorang yang buta. Dan di Quba, Saad Al-Qaraz dan di Mekah Abu mahzurah namanya Aus bin Mughirah

Tambahan:

PERANAN SUARA DAN TARANNUM DALAM AZAN

No comments: