Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem ... WaAllahu Akram


Hari ini umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ramadhan 1431H. Turut sama berpuasa, sepuluh negara Arab termasuk Arab Saudi dan Turki. Khabarnya di Indonesia, anak bulan kelihatan di dua daerah di Gresik dan Porbolingo. Di Malaysia sudah lama anak bulan tidak kelihatan disebabkan faktor cuaca. Oleh yang demikian pihak berkuasa agama telah memilih kaedah hisab sebagai alternatif menentukan kiraan tarikh dalam kalendar Islam. Penentuan tarikh mula Ramadhan, Hari Raya Puasa dan hari wukuf di Arafah seringkali meresahkan masyarakat Islam. Lebih-lebih lagi sekiranya pandangan masyarakat sesuatu negara berbelah bagi berhubung keesahan penetapan tarikh hari-hari kebesaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama. Mudah-mudahan persamaan tarikh mula puasa di Malaysia dengan beberapa negara Islam yang lain dapat menolak keraguan yang mungkin timbul tentang penetapan tarikh permulaan puasa pada tahun ini. Wallahu a3lam.

No comments: