Monday, August 9, 2010

Masuk JAWI


Satu ungkapan yang menakutkan kanak-kanak lelaki di kampung saya satu ketika dulu ialah ungkapan 'jawi' ertinya berkhatan atau bersunat. Bagi masyarakat Melayu di sesetengah negeri di sebut 'masuk jawi'. Perkataan 'jawi' juga kerap dituturkan oleh komuniti Melayu Kelantan & Patani yang menetap di Mekah dan persekitarannya untuk merujuk kepada tanahair mereka iaitu Malaysia dan Thailand. Perkataan 'balik Jawi' dalam konteks ini bererti balik ke kampung asal. Apabila saya mula bertugas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI), kawan-kawan ada yang mengusik dengan sapaan 'ustaz masuk Jawi ?'

Pada hari ini-9 ogos 2010- genaplah dua bulan 23 hari saya bertugas di Bahagian Pelajaran JAWI.

No comments: