Tuesday, August 10, 2010

Qari Mesir Dan Qariah Pakistan Dinobat Sebagai Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-52 Tahun 1431H/2010M


Acara Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa Kali Ke-52 tahun ini telah disempurnakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 3 Ogos 2010 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa pada kali ini menyaksikan Qari dari Mesir iaitu Mr. Hani Abdel Aziz Ahmed merangkul tempat pertama dengan markah sebanyak 91.46 peratus diikuti oleh Mr. Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah markah 90.75 peratus dari Malaysia di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Mr. Abdul Wadoud K. Esmail dari Filipina dengan markah 89.63 peratus.

Manakala johan Qariah pula dirangkul oleh Mrs. Samia Khanan dari Pakistan dengan mengumpul markah sebanyak 91.08 peratus diikuti oleh Mrs. Dayang Nurfaezah binti Hj. Emran dari Brunei Darussalam dengan markah 90.17 peratus serta tempat ketiga di menangi oleh Mrs. Monaifah A. Bogabong Alawi dari Filipina dengan markah 88.75 peratus.

Bagi johan qari dan qariah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$ 10, 000, piala iringan dan sijil penyertaan. Seterusnya hadiah bagi tempat kedua ialah membawa wang tunai sebanyak AS$ 7,000, cenderamata dan sijil penyertaan, manakala pemenang tempat ketiga menerima wang tunai AS$ 4,000, cenderamata dan sijil penyertaan. Semua peserta lain menerima hadiah saguhati berjumlah AS$ 1,500, cenderamata dan sijil penyertaan.

Petikan daripada Laman Web JAKIM

No comments: